Tuesday, August 9, 2011

A131591 CHAN YING XIN LJ02

Salam sejahtera saya ucapkan di sini.  Ulasan ini merupakan ulasan kedua berkaitan kuliah Pengurusan  Emosi ZZZT2253 pada 3 Ogos 2011, hari Rabu yang lepas. Kuliah ini telah meliputi teory Izard's Innate Facial Expression dan Emosi Positif. Sebelum saya mula saya ingin meminta maaf kerana menghantar jurnal ini lewat iaitu hanya selepas peperiksaan.

Hari ini kami telah dikenalkan dengan teori Izard sebagai permulaan. Menurutnya, ekspresi muka dan juga persepsi ekspresi semua ini adalah terdapat secara semula jadi dalam individu, iaitu tidak boleh diperoleh dengan melalui pengajaran dan pembelajaran. Teori ini telah disokong dengan pelbagai  kajian, termasuk kajian ';born to smile' dan juga  kajian 'cross cultural'.


Kajian 'born to smile' merupakan kajian terhadap  bayi yang baru dilahirkan. Apabila bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai ekspresi emosi. Mereka boleh berasa marah dan surprise pada umur 3-4 bulan, kemaluan dan ketakutan pada 5-6 bulan. Ekspresi mereka telah dipenuhi pada umur satu tahun dan mereka mula berasa serba salah pada umur dua tahun. Semua bukti ini boleh dikatakan bahawa bayi sudah mempunyai  ekspresi emosi sejak lahir. Tetapi teori ini juga menghadapi kritik, iaitu bahawa bayi bukan semestinya gembira walaupun mereka sedang senyum.


Satu lagi kajian yang menyokong teori Izard merupakan kajian 'cross cultural'. Kajian Ekman telah dijalankan di US, Brazil, Chile, Japan dan Argentine. Subjek telah diberi gambar yang berbeza dan dikehendaki untuk mengenal pasti emosi-emosi yang dipaparkan dalam gambar. Dalam lima budaya yang berbeza ini telah mendapat keputusan yang tinggi kesetujuan, iaitu biasanya orang setuju akan sesuatu emosi akan memaparkan ekspresi  yang spesifikasi.  Ini menunjukkan ekspresi emosi boleh menyampaikan mesej kepada orang lain. Ekman telah menjalankan lebih kajian di tempat yang berbeza, iaitu di Borneo dan New Guinea, dan keputusan adalah positif. Scherer dan Walbott telah menguji balik kajian pada tahun 1994, terhadap 37 negara dan 5 kontinen. Mereka telah membuat kesimpulan bahawa keputusan bagi kajian ini adalah konsisten dan respons reaksi adalah stabil. Yang berbeza adalah bagaimana emosi dikawal dan dialami, bukan bagaimana emosi itu dilahirkan. Paul Ekamn (1994) telah mneyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi. Computerized analysis of facial photos (Pilowsky & Katsikitis, 1994) telah digunakan dalam kajian-kajian Ekman  di Borneo & New Guinea pada 1971. Wajah gembira lebih dominan dikenalpasti dari wajah taku, iaitu terdapat sebanyak 95 hingga 100% wajah gembira boleh dikenalpasti, tetapi hanya 54-85% wajah takut boleh dikenali.


Selepas diperkenalkan dengan pelbagai teori-teori yang berkaitan dengan emosi, kami telah datang kepada sesuatu teori yang berkaitan degan kesemua ini, iaitu teori pembelajaran dan pengalaman. Pandangan pengalaman dalam segi biologi boleh dikatakan bahawa pembelajaran membawa peranan yang kecil dalam emosi. Menurut Plutchik, emosi itulah ekspresi direk yang merupakan kelakuan yang berpotensi sejak dari genetic manusia lagi, pembelajaran hanya satu proses yang boleh mengubah suaikannya. Matsumoto telah membuat kajian tentang ekspresi dan intensity emosi di Caucasian, African America, Asian dan Hepanics, dan mendapati bahawa emosi basic adalah sama antara satu sama lain, hanya ada perbezaan yang halus dalam emosi-emosi ini.


Menurut kata Izard pula, setiap emosi yang berbeza boleh menjejaskan bayi  terhadap sesuatu perwatakan sekeliling dan melajukan pembelajaran. Emosi bayi boleh dibezakan melalui pembelajran dan pengalaman. Walau bagaimanapun, kognitif proses itu berbeza dari seseorang dengan orang yang lain. Dalam kajian Miller, ketakutan itu emosi yang tiada basis. Kajiannya dengan tikus yang dikenakan aliran elektrik, keputusan menunjukkan ketakutan itu boleh dipelajari. Tetapi manusia adalah individu yang lebih bersedia untuk menerima emosi ketakutan daripada sepsis yang lain.

Dalam kuliah ini, kami juga diperkenalkan dengan pelbagai emosi-emosi positif. Kegembiraan itu merupakan emosi yang boleh dikumpulankan dengan perasaan kepuasan, kebanggaan. Ini menunjukkan kepentingan kegembiraan terhadap semua manusia di seluruh dunia ini. Beberapa sasterawan telah memberikan pendapat mereka. Menurut Aristotle, kegembiraan itulah kejayaan menuju kepuasan. Epicurean pula menunjukkan bahawa kegembiraan merupakan memaksimasikan kegembiraan dan miminimumkan kesedihan atau kepahitan.  Plato berpendapat bahawa kegembiraan itu ialah pencapaian kehidupan yang  baik. Mills pula a berkata itulah kesederhanaan dalam segala kelakuan yang manusia lakukan.


Beberapa kajian yang berkaitan dengan kegembiraan. Cross cultural studies telah menunjukkan kegembiraan berbeza dari Negara ke Negara. Asian cultures report pula menunjukkan kegembiraan individu yang lebih rendah berbanding dengan kontinen yang lain. Orang yang paling gembira di dunia ini merupakan orang di north America, Australia dan Europe. Kajian ini dijalankan oleh Arygle pada 1987.


Bagaimanakah kami boleh dapat tahu tahap kegembiraan kami? Menurut kajian Rim 1993, orang yang lebih menyesuaikan diri selalunya lebih gembira. Mereka yang keluar dengan strategi penyesuaian yang lebih efektif ini akan berasa lebih gembira. Terdapat dua factor yang boleh menjejaskan kegembiraan seseorang, iaitu long term effective states and short term effective states. Dalam kategori long term, emosi yang berturut-turut dari bulan ke bulan atau tahun ke tahun adalah lebih stabil.  Dalam short term, factor ini berdasarkan peristiwa yang berlaku pada masa yang dekat, contohnya mendapat cahaya mata, ataupun gagal dalam peperiksaan. Dengan ini kami boleh membuat kesimpulan bahawa kegembiraan itu hasil tambahan long term dan short term affective states.


Menurut Freud, hubungan kami dengan ibu bapa pada masa kecil sangat penting sebagai factor pengenalpasti dalam penyesuaian pada masa depan dan juga tahap kegembiraan. Terdapat pelabagai aktiviti dalam kehiduoan yang bersifat positif menurut Arygle. Antaranya  termasuklah lulus dalam peperiksaan, pergi makan anign, berkelah, dipromot dalam kerjaya, mendapat kerja baru, sembuh daripada penyakit serius dan sebagainya. Kami juga dapat tahu bahawa kegembiraan dan perkahwinan adalah berkait rapat. Menurut Vanossen 1981, lelaki dan juga perempuan telah mendapat kegembiraan daripada perkahwinan mereka. Kajiann juga menunjukkan orang yang telah berkahwin lebih gembira daripada mereka yang masih bujang. Melihat kajian Veroff 1981, mereka yang divorce juga terdapat sebanyak 18.5% lelaki dan 15.5% perempuan yang mengatakan mereka adalah gembira walaupun mereka telah divorce. 35% lelaki yang kahwin dan 41.5% perempuan yang telah kahwin mengatakan mereka adalah gembira. Ini menunjukkan perkahwinan membawa kegembiraan.


Terdapat juga factor lain yang menyebabkan seseorang itu gembira. Antaranya termasuklah kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi, agama dan lain-lain lagi. Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai sesuatu agama lebih mudah mencapai kegembiraan dan kurang stress berbanding dengan mereka yang tiada sebarang agama. Buktinya ialah kajian oleh Gallup, mereka yang kuat imam adalah dua kali ganda peluang untuk menjadi sangat gembira. Bukti yang kedua ialah analisis yang meliputi lebih daripada 200 kajian, iaitu berkaitan dengan mereka yang kuat agama mempunyai kemungkinan yang lebih rendah dalam melibatkan diri dalam salah guna dadah atau depression.

Selepas kuliah ini, saya telah diperkenalkan dengan pelbagai teori dan juga emosi positif yang belum saya dapat eksplore sebelum ini. Saya telah belajar banyak dalam kuliah ini dan saya telah mendapat lebih banyak pengetahuan tentang bagaimana untuk mengubah suai emosi saya.

No comments:

Post a Comment