Tuesday, August 9, 2011

A131855 Koay Mei Jun LJ02

Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal kedua saya dalam kursus ZT2253 selepas menghadiri kelas pengurusan emosi pada 3 Ogos 2011. Dalam kuliah ini, Dr. Ahmad Zamri Mansor menyambung tajuk kuliah yang lepas iaitu tajuk "Struktur dan Ekspresi Emosi" dengan menjelaskan tentang Izard's Innate facial expression dan seterusnya meneruskan dengan tajuk yang ketiga iaitu "emosi positif".

Untuk lebih memahami tentang Izard's Innate facial expression, saya telah mancari maklumat yang lanjut melalui pembacaan bulletin. Berdasarkan satu bulletin yang bertajuk "Psychological Bulletin" yang diterbit oleh American Psychological Accosiation pada tahun 1994, menyatakan bahawa Carroll Ellis Izard, seorang pakar psikologi di Amerika telah mengeluarkan satu teori yang bernama differential emotions theory di mana emosi asas wujud pada bayi bermula daripada umur dua bulan sehingga 7 bulan dan beliau mempercayai bahawa emosi merupakan sesuatu yang wujud  secara semula jadi dan seseorang itu tidak memerlukan pengetahuan dan pembelajaran mengenai emosi sebelum dapat meluahkan emosi melalui aksi. Namun, teori Izard's Innate facial expression dibantah oleh sesetengah para pengaji dengan alasan aksi muka tidak semestinya melambangkan emosi seseorang dengan mengambil contoh seseorang bayi ketawa tidak semestinya dia berasa gembira.

Dalam aspek learning theory, teori ini dibahagi kepada dua jenis iaitu biological view of experience and learning theory view of experience. Sebagai contoh bagi biological view of experience, seseorang itu takut pada labah-labah sungguhpun dia tidak pernah diancam oleh labah-labah. Manakala untuk learning theory view of experience pula, seseorang itu mempunyai fobia selepas mempunyai pengalaman terhadap sesuatu seperti seseorang yang pernah digigit oleh labah-labah dan jatuh sakit setelah terkena racun labah-labah akan mempunyai fobia terhadap labah-labah dan seterusnya tidak berani mendekati labah-labah sepanjang umur.

Selepas habis menjelaskan tajuk "Struktur dan Ekspresi Emosi", Dr. Ahmad Zamri Mansor menyambungkan kelas dengan memberi kuiz kepada  kita sebagai satu ujian kecil untuk menguji pemahaman kita terhadap tajuk tersebut. Kuiz ini berjaya menarik perhatian kita dan semua orang membahagi sendiri ke dalam kumpulan dan memberi sepenuh tumpuan di samping mencuba sedaya upaya dalam menjawab soalan-soalan kuiz. 30 saat telah diberi untuk setiap soalan kuiz dan para pelajar mengambil masa sepenuhnya dalam pemikiran dan menjawab soalan-soalan kuiz. Secara keseluruhannya terdapat 20 soalan kuiz dan dalam keadaan yang gementar dan sifat ingin tahu terhadap jawapan kuiz, para pelajar berjaya menghabiskan kuiz dalam jangka masa yang ditetap dengan satu kumpulan mendapat 19 soalan betul daripada 20 soalan.

Seterusnya, pensyarah kita meneruskan kelas dengan tajuk emosi positif. Sebagai permulaan bagi tajuk emosi positif, pensyarah kita menjelaskan tentang kebahagiaan dan mengklasifikasikan kebahagian sebagai salah satu tanda bagi emosi positif. Kebahagiaan sebenarnya merupakan satu keadaan emosi atau efektif yang dicirikan sebagai kegembiraan, keseronokan dan juga kepuasan. Melalui satu kajian terhadap kebahagian, didapati bahawa kebahagiaan mempunyai tahap yang berbeza mengikuti bangsa yang berlainan di mana orang Australia dan Amerika utara merupakan bangsa yang paling bahagia.

Menurut Kozma et al (1992), kegembiraan seseorang dipengaruhi oleh dua faktor iaitu long term affective states dan short term affective states di mana dalam short term affective states, kegembiraan seseorang itu berkekal untuk jangka masa yang pendek seperti menerima berita baik manakala long term affective states merupakan keadaan di mana kegembiraan seseorang berlarut untuk jangka masa yang panjang. Lazimnya, long term affective state merupakan sesuatu kegembiraan yang berkekalan dan wujud semasa seseorang itu masih kecil lagi seperti seseorang yang lahir dalam keluarga yang bahagia akan berasa gembira sepanjang masa.

Sebenarnya, kebahagiaan sering dikaitkan dengan perkahwinan dan juga kewangan. Persoalannya, adakah seseorang itu bahagia selepas dia berkahwin? Dan adakah seseorang itu bahagia selepas dia kaya?

Pada pendapat saya, saya berasa seseorang itu tidak semestinya bahagia selepas dia berkahwin. Berkahwin tidak sepatutnya dikaitkan dengan perkahwinan. Mungkin kebanyakan orang akan hidup dengan bahagia tetapi terdapat juga sesetengah orang yang berkahwin dengan wanita atau lelaki atas kesukaan ibu bapa dan tidak berdasarkan kesukaan diri sendiri. Terdapat juga orang yang dipaksa untuk berkahwin semata-mata untuk mengatasi kemiskinan. Selain itu, terdapat juga banyak kes penderaan isteri atau kanak-kanak yang menunjukkan bahawa perkahwinan tidak semestinya menunjukkan bahawa seseorang itu bahagia. Sekiranya perkahwinan akan menyebabkan seseorang bahagia, maka tidak akan wujudnya kes-kes penceraian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Pada saya, sekiranya hendak mengiatkan perkahwinan dengan kebahagiaan, seseorang itu patut mengiatkan kebahagian perkahwinan dengan tahap kegembiraan seseorang selepas berkahwin.

Selain itu, kebahagiaan juga sering dikaitkan dengan kekayaan. Pada pendapat orang ramai, seseorang yang kaya akan berasa amat bahagia kerana dia tidak perlu khuatir tentang kekurangan duit setiap hari dan semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan disebabkan oleh kekayaan seseorang itu. Namun, pada pandangan saya, saya berasa orang ramai mempunyai persepsi yang salah terhadap pandangan bahawa orang yang kaya akan berasa amat bahagia. Sebenarnya, orang kaya juga akan menghadapi banyak masalah seperti khuatir dirompak oleh perompak dan juga diculik. Khuatiran-khuatiran ini sebenarnya akan menyebabkan gangguan emosi pada diri seseorang dan menyebabkannya hidup dengan tidak amam pada setiap hari. Maka, jelas sekali bahawa seseorang yang kaya tidak semestinya bahagia.

Kuliah ini diakhiri dengan satu cerita yang bertajuk " RM50 satu jam ". Cerita ini menyatakan bahawa seorang bapa yang sering bekerja sampai lewat malam. Pada suatu hari, anak bagi bapa itu menunggu bapanya balik.  Selepas itu, dia bertanya pasal gaji bapanya setiap jam dan mengetahui bahawa bapanya mendapat RM50 setiap jam dan seterusnya, dia meminta RM25 daripada bapanya. Hal ini menimbulkan kemarahan bapanya yang menganggapnya menggunakan duit yang diuntung oleh bapanya secara susah payah untuk membeli mainan. Namun, ayahnya tetap memberi duit itu kepada anaknya. Dengan mengambil wang simpanannya iaitu RM25 bersama-sama dengan wang yang diberi oleh bapanya iaitu RM25, rupa-rupanya anak itu ingin membeli satu jam daripada bapanya untuk menemaninya makan malam.

Selepas membaca cerita ini, saya berasa sangat terharu. Pada zaman ini, terdapat banyak ibu bapa yang asyik bekerja keras demi mencari wang untuk menyara keluarga dan kurang mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka. Malah, mereka hanya memenuhi keperluan kanak-kanak dengan membeli apa sahaja yang mereka suka. Sebenarnya, apa yang paling kanak-kanak perlukan ialah kasih sayang daripada ibubapa dan juga temanan ibubapa di sisi mereka. Oleh itu, pada pendapat saya, saya berasa seseorang ibubapa patut meluangkan masa untuk menemani kanak-kanak tanpa mengira betapa sibuknya mereka kerana keluarga adalah sesuatu paling penting dalam kehidupan kita. Malah, kegembiraan sebenarnya berasal daripada satu keluarga yang bahagia.

Secara kesimpulannya, selepas menghadiri kelas pengurusan emosi, saya dapat mendalami pengetahuan saya mengenai emosi dan juga kebahagiaan. Saya juga mendapat idea yang lebih jelas melalui penyerapan cerita dan contoh-contoh dalam pengajaran doktor dalam membantu saya lebih memahami tentang pengurusan emosi.

 

No comments:

Post a Comment