Assalamuailaikum dan salam sejahtera.Kali ini saya telah berpeluang untuk menulis jurnal yang kedua berdasarkan tajuk Teori Izard dan Emosi Positif. Pendapat saya mengenai Izard's innate facial expression ini adalah teori amat mudah difahami. Contoh paling mudah bagi teori ini adalah melibatkan reaksi bayi.Kita sering lihat bayi sering tertawa tetapi perkara itu tak semestinya berlaku kerana bayi tersebut sedang rasa gembira tetapi itu mungkin adalah melibatkan fasa-fasa normal dalam tumbesaran bayi itu.Disebabkan itulah pembelajaran tidak akan membantu dalam emosi bagi teori ini tidak seperti yang ditonjolkan teori Plutchik.Walaupunbegitu,saya mengalami sedikit kekeliruan dalam membezakan teori ini dengan teori Tomkin yang sebelum ini. Kesimpulannya,saya berpendapat pembelajaran teori Izard dan teori-teori yang lain ini memberi sedikit sebanyak input kepada saya mengenai apakah erti sebenar emosi dan beberapa kajian yang telah dijalankan.Tidak sangka perkataan semudah emosi ini sebenarnya punya makna dan tafsiran yang berbeza oleh golongan cerdik pandai. Walaupunbegitu,saya berpendapat adalah suatu perkara normal untuk seseorang mempamerkan emosinya dalam keadaan tertentu dengan cara yang tersendiri kerana kita dilahirkan sebagai manusia memang punya banyak kelemahan.Tetapi itulah sebenarnya yang membuat kita istimewa dan berbeza antara satu sama lain.Lalu membuatkan kehidupan kita ini menjadi lebih bermakna dan penuh warna warni bagi mereka yang tahu menghargai dan memaknakan perasaan mereka. Seterusnya berkaitan dengan tajuk kuliah iaitu "Emosi Positif".Kuliah kali ini berkisar tentang mencari maksud disebalik kebahagiaan. Kata orang:"Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan" Tapi saya katakan:"Tersenyumlah cukuplah kepahitan itu di atas langit." Pada pendapat saya kebahagiaan itu sesuatu perkara yang mudah untuk dicari sekiranya kita belajar untuk menghargai kebahagiaan yang ada di sekeliling kita.Kita harus percaya bahawa kebahagiaan itu adalah seperti mawar yang ditanam,tidak langsung berbunga sebaik sahaja ditanam,tetapi ia pasti akan tumbuh. Sesungguhnya kita kini banyak menilai kebahagiaan itu dalam pelbagai bentuk antaranya yang paling utama,nilai harta benda,nilai kesihatan,nilai status dan sosial seperti rakan-rakan dan keluarga dan nilai rupa paras. Jika diukur dari sudut nilai kewangan.Ya,memang tidak dinafikan.Kerana kita tahu bahawa dalam kehidupan sekarang harta itu bukanlah satu kehendak lagi tetapi sesuatu keperluan.Kita boleh dapat pelbagai benda dengan harta yang kita miliki tetapi tidak semua perkara itu harta yang jadi cagarannya.Semua orang,baik yang memiliki istana mahupun yang memiliki rumah sederhana,pasti menjalani kehidupannya,tetapi siapakah yang benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidup? Pada pendapat saya berertilah rezeki sedikit yang kita miliki yang dapat membahagiakan kita,bukan rezeki banyak yang menyengsarakan kita.Cukuplah bagi kita sepotong roti yang berisi daripada harus meminta kepada orang yang menutup pintunya dan yang dicap oleh banyak orang sebagai orang yang kikir.Renungkanlah andakah harta melimpah yang kita miliki itu benar-benar disalurkan ke jalan yang punya manfaat?Ingatlah apabila tibanya waktu pagi,bahawa pagi itu telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung,tetapi kita dalam kenikmatan.Ia menyapa beribu-ribu orang yang kelaparan,tetapi kita sendiri kekenyangan.Sesungguhnya kita memerlukan harta untuk hidup tetapi bukan bererti kita harus hidup demi harta. Seterusnya,aspek kebahagiaan dari sudut kesihatan.Lihatlah apa yang terjadi di alam semesta ini.Bukankah di atas katil-katil putih hospital terbaring beribu-ribu orang yang menderita sakit bertahun-tahun?Ada pula yang ditimpa kecelakaan sehingga membuatnya cacat seumur hidup.Sedang kita disini dalam keadaan yang baik,tenteram dan aman.Sesungguhnya nikmat kesihatan itu sememangnya sesuatu perkara yang member kebahagiaan kepada kita. Tetapi sejauh manakah kita memanfaatkan masa sihat kita itu?Belajarlah untuk menggunakan tiap detik untuk bertasbih,tiap minit kita untuk berfikir dan tiap jam kita untuk beramal. Nilai kebahagiaan yang ingin saya kisarkan kini pula adalah nilai status dan sosial.Sesetengah orang berpendapat bahawa pangkat dan kekuasaan itu mampu memberikan rasa kuat dan bahagia dalam diri mereka.Memang benar punya banyak rakan,keluarga dan kuasa yang ada disisi kita memperkukuhkan keyakinan kita dalam melayari kehidupan.Tetapi adakah mereka akan sentiasa ada disisi kita apabila kita memerlukan mereka?Jangan lupa mereka juga sesuatu yang duniawi yang sifatnya tidak kekal dan tidak sempurna sama seperti diri kita seringkali boleh terkhilaf.Tetapi sebenarnya dari situlah kita belajar untuk menerima ketidaksempurnaan itu sebagai sesuatu yang lumrah dan belajar untuk menerimanya dari situ kita mampu raih rasa bahagia.Kita belajar untuk menerima sifat-sifat insan yang berada disisi kita.Kita belajar untuk bertanggungjawab dengan setiap tanggungjawab yang kita galas bukan untuk dapat pujian yang sedikit di dunia ini tetapi pujian yang kekal di akhirat kelak.Ini barulah bahagia! Seterusnya jika kita menilai kebahagiaan itu daripada nilai rupa paras.Pendapat saya nilai ini tidak sukar untuk dikupaskan kerana kecantikkan itu sesuatu yang subjektif.Tetapi hanya satu perkara yang saya pegang Iaitu:"Bukan emas permata yang mencantikkan anda melainkan yang mempercantikkan anda itu adalah akhlak anda dan kekayaan anda adlah etika anda". Wahai manusia yang paling bahagia, Kerana agama dan etika,meskipun tanpa permata, Kalung dan emas yang menghiasinya Melainkan berkat tasbih yang selalu dibacanya Bagaikan berita gembira,bagaikan hujan, Bagaikan fajar,bagaikan sinar dan bagaikan awan Dalam sujud,dalam doa Dalam sikap merasa dalam pengawasan Allah Dalam pemikiran yang bersumberkan dari cahaya Lauh Dan kitab-kitab yang juga dipesankan Oleh cahaya wahyu yang diturunkan di gua Yang darinya Rasul Tuhanmu Dapat menguasai bangsa Romania dan bangsa Arab Engkau adalah manusia yang paling bahagia di dunia Berkat keyakinan yang ada Dalam qalbumu yang suci Lagi penuh dengan ketaatan Sesungguhnya jalan menuju kebahagiaan tersimpan dalam kemurniaan pengetahuan dan wawasan kita.Ianya tidak akan diperolehi dari kisah-kisah romantik atau khayalan yang membuat pembacanya terbang jauh dari realiti dan tercampak jauh dari dunianya.Ini adalah kerana hasil yang kita perolehi adalah pengkerdilan sifat keperibadiaan.Sesuatu yang menghanyutkan dan membunuh,bahkan lebih bahaya daripada itu.Seperti novel-novel Agatha Christie yang mengajarkan pengkhianatan,jenayah dan sesuatu yang negatif lainnya.Ini adalah kerana saya yakin dengan membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah,buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan mampu memberi kita sudut pandang yang baru tentang kehidupan lantas membantu kita belajar tentang senario kehidupan sekaligus mendidik kita bagaimana untuk menjadi bahagia. Saya mendapati sangat banyak "Kisah-kisah Indah Dunia" sangat menyimpang dan yang sebenarnya penuh dengan kekeliruan dan kebodohan.Memang ada beberapa kisah yang bagus,yang tidak perlu lagi diragukan keberadaanya dan nilai sastera yang tinggi seperti novel,"Orang Tua dan Lautnya",Ernest Hemingway dan karya yang lainnya yang jauh dari kesan khayalan dan bebas dari unsur kerendahan moral Oleh sebab itu,setiap orang yang berakal sihat seharusnya dapat mempelajari karya-karya yang dapat mencerahkan pembacaannya,seperti buku karya Tantawi,Kailani,Al Manfaluthi,Rafi'i dan orang yang serupa dengan mereka,yakni mereka yang memiliki hati nurani yang bersih dan hidup dan memiliki misi untuk menyedarkan pembacanya. Walaubagaimanapun,tidak ada yang lebih baik dari kisah-kisah Allah dalam kitab suciNya,atau kisah-kisah Rasuluallah S.A.W dalam sunnahnya dan keagungan sejarah dalam kisah hidup para khalifah,ulama',dan orang soleh.Kita akan meraih keberkatan Allah.Kita akan menjadi bahagia dengan agama dan petunjuk yang ada pada kita dan dengan keyakinan dan tradisi yang kita miliki. |
Tuesday, August 9, 2011
A131409 Fatimah Binti Othman LJ02.Kebahagiaan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment