Tuesday, August 9, 2011

A131746 Lee Weng Hoong LJ02 Ke Arah Syurga Di Alam Manusia

A131746 Lee Weng Hoong LJ02  Ke Arah Syurga Di Alam Manusia


Selamat sejahtera.

 

Saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi yang kedua pada 3 Ogos. Pensyarah telah menyampaikan 2 topik yang menarik di samping menjalankan kuiz tentang topik minggu lepas dengan tujuan untuk memperkukuh pemahaman kami.

 

Topik pertama dalam kuliah itu adalah tentang Izard's Innate Facial Expression. Menurut Izard, emosi adalah sesuatu yang semula jadi kerana bahagian sistem saraf yang melahirkan emosi tersebut adalah semula jadi. Pembelajaran hanya mempunyai kesan minimal terhadap emosi seseorang. 2 kajian dijadikan bukti penyokong teori Izard. Yang pertama ialah 'Born to smile' studies. Kajian ini menunjukkan bahawa seseorang bayi memiliki perasaan emosi sejak kelahiran, perasaan marah dan terkejut muncul pada umur 3 hingga 4 bulan, perasaan malu dan takut muncul pada 5 hingga 6 bulan, kepuasan muncul pada umur 1 tahun dan emosi rasa bersalah (guilty) muncul pada 2 tahun. Namun terdapat kritik bahawa senyuman bay tidak semestinya mermakna dia gembira. Namun saya pernah Nampak bayi banyak kali dan pada hemat saya, senyuman yang dikeluarkan daripada muka bayi adalah yang paling ikhlas tanpa sebarang niat. Senyuman itu malah dapat menggembirakan saya apabila saya berasa sedih. Kajian kedua yang menyokong teori Izard ialah kajian merentas budaya yakni kajian Ekman di beberapa Negara yang berbeza budaya dan  etnik. Responden ditunjukkan gambar yang memaparkan ekspresi muka berlainan dan mereka ditanya ekspresi muka tersebut melambangkan emosi apa. Keputusannya adalah mimik muka bagi emosi yang tertentu bersifat sejagat. Kajian-kajian lain dijalankan menyokong teori Izard dengan sedikit pengubahsuaian, yakni konsep kesejagatan emosi wajah dapat diterima, tetapi ekspresi wajah semula jadi ini menerima pengaruh pada tahap yang tertentu daripada kebudayaan masing-masing. Secara keseluruhannya, bagaimana emosi itu dizahirkan adalah hampir sama, yang berbeza adalah apa faktor yang menyebabkan emosi itu dan cara mengawalnya.

 

Topik tentang teori emosi ini bersambung dengan teori biologikal dan teori pembelajaran. Teori emosi mengetengahkan bahawa emosi seseorang dating secara semula jadi dan bersangkut-paut dengan teori Izard dan Plutchik. Emosi tidak dipengaruhi oleh pembelajaran atau pengalaman. Namun, perkara yang mengaktifkan sesuatu emosi berubah dan dipengaruhi oleh pengalaman serta pembelajaran. Misalnya, faktor yang menyebabkan perasaan takut berbeza dalam individu lain. Seorang mungkin berasa takut dengan lipas namun orang yang lain tidak. Teori yang bertentangan dengan teori biologikal ini ialah teori pembelajaran. Menurut teori ini, semua emosi dipelajari. Kajian Miller menunjukkan bahawa perasaan takut tidak mempunyai asas biologikal. Miller mengejutkan tikus dengan arus elektrik dan mendapati bahawa tikut mempelajari perasaan takut ini. Saya berasa teori ini logic dan berasas. Seseorang berasa takut terhadap sesuatu oleh sebab dia tahu tentang bahayanya perkara itu. Tetapi sekiranyan dia tidak mengetahui bahayanya perkara itu atau tidak pernah mengalami trauma oleh sebab perkara itu, dia mungkin tidak akan berasa takut. Apabila saya mendengar teori ini dalam kuliah, saya berfikir sekiranya dunia ini hanya terdapat saya seorang, maka saya tidak akan mempunyai sebarang pengetahuan tentang lipas. Oleh itu, besar kemungkinan saya tidak akan berasa takut akan lipas. Saya berasa kedua-dua teori mempunyai kebenaran masing-masing. Namun saya tetap yakin "Humans are born with emotion" dan keistimewaan manusia inilah yang menjadikan manusia itu manusia.

 

Seterusnya, kami sambung dengan tajuk kedua: Emosi Positif. Terdapat 3 emosi positif yang utama yakni gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan dan kebahagiaan merupakan keadaan emosi yang merangkumi kenikmatan, keseronokan dan kepuasan. 3 kriteria ini menggambarkan kepentingan universal yang diletakkan oleh manusia dalam maksud kebahagiaan. Antara pandangan falsafah tentang kebahagiaan termasuk pandangan ahli falsafah ternama Plato bahawa source of happiness is virtous life. Ini mengingatkan saya tentang satu pepatah Cina "助人为快乐之本" yang bermaksud menghulurkan bantuan merupakan asas kegembiraan. Saya memang bersetuju dengan pandangan ini dan pernah banyak kali merasai kegembiraan yang timbul selepas saya menolong seseorang, tanpa mengira betapa letih saya. Kajian merentas budaya menunjukkan bahawa kegembiraan berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain. Orang asia memiliki tahap kegembiraan yang lebih rendah (Diener et al, 1995) manakala orang yang paling gembira adalah di Amerika Utara, Australia dan Eropah (Argyle, 1987). Manusia yang menyesuaikan diri lebih baik adalah lebih gembira dan yang sebaliknya adalah betul juga. Mereka yang mempunyai tahap penyesuaian yang lebih tinggi dapat menangani masalah dengan lebih baik. Perkara ini menjadikan mereka lebih gembira. Menurut Kozma et al (1992), kegembiraan terdapat 2 komponen utama, yakni keadaan afektif jangka panjang dan keadaan afektif jangka pendek. Afektif jangka panjang merupakan latar belakang emosi seseorang yang berterusan selama berbulan-bulan hingga bertahun-tahun. Jenis keadaan afektif biasanya bermula daripada zaman kanak-kanak. Keadaan afektif jangka pendek pula berasaskan kejadian yang akhir-akhir dalam hidup seseorang, misalnya apabila seseorang menag loteri. Keadaan afektif sebegini tidak kekal panjang. Secara keseluruhannya, kegembiraan dan kebahagiaan seseorang merupakan hasil keadaan afektif jangka panjang dan pendek (model penambah). Pada hemat saya, afektif jangka panjang merupakan kebahagiaan mutlak dan afektif jangka pendek ialah kebahagiaan relative. Afektif jangka pendek tidak berkekalan dan banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Kebahagiaan mutlak pula ditentukan oleh keadaan hati dan minda kita. Seseorang yang optimistik akan sentiasa berasa gembira dan bahagia sungguhpun sedang menghadapi masalah yang menggunung tinggi. Oleh itu, saya berasa penentu kebahagiaan tetaplah afektif jangka panjang. Sekiranya kita benar-benar bahagia maka apa-apa masalah tidak akan merampas kebahagiaan itu. Mengikut Freud, hubungan kita dengan ibu bapa semasa alam kanak-kanak merupakan penentu utama tahap kebahagiaan kita.

 

Menurut Vanfossen, 1981,  orang yang berkahwin adalah lebih gembira daripada mereka yang bujang. Jadi timbullah satu persoalan semasa kuliah: adakah perkahwinan yang mendatangkan kebahagiaan ataupun orang yang bahagia menyumbang kepada perkahwinan yang bahagia? Pada hemat saya, kedua-dua boleh menjadi benar dan salah. Penentu utama terletak pada kedua-dua pihak yang terlibat dalam perkahwinan itu. Sebagai contoh, jikalau seorang optimistik berkahwin dengan seorang yang kurang optimistik, yang optimis itu mungkin dapat mempengaruhi yang pesimis itu dan sama-sama melalui kehidupan yang bahagia. Tetapi mungkin juga yang pesimis itu menpengaruhi balik optimis maka perkahwinan itu akan menjadi kurang gembira kepada orang yang pada asal optimistik itu. Faktor lain yang menentukan kebahagiaan ialah kesihatan, persahabatan, kerja dan rekreasi (Argyle, 1987).

 

Faktor penghayatan agama juga mempengaruhi kebahagiaan. Mereka yang religious lebih gembira dan kurang tertekan. Salah satu bukti yang menyokong perspektif ini ialah konklusi daripada satu review sistematik tentang 850 kertas penyelidikan bahawa tahap penglibatan keagamaan yang lebih tinggi dapat dikaitkan secara positif dengan kesejahteraan dan keharmonian psikologikal yang merangkumi pelbagai aspek termasuk kepuasan hidup, kegembiraan, semangat tinggi dan kurang kecenderungan kemurungan, membunuh diri serta penyalahgunaan dadah mahupun alkohol. Banyak ahli sosiologi yang mengatakan bahawa rasa selamat dan rasa diterima dalam komuniti merupakan perkaitan antara agama dan kebahagiaan.

 

Faktor yang seterusnya ialah kasih sayang (love). Kasih sayang sesungguhnya merupakan perasaan sayang dengan qualiti tambahan yakni sense of attachment, sense of caring dan sense of trust. Kasih sayang meliputi 3 aspek: komitmen, tahap intim, dan keghairahan. Seseorang yang memberikan mahupun yang menerima kasih sayang akan berasa bahagia dan gembira.

 

Secara keseluruhannya,  kebahagiaan merupakan sesuatu yang tidak dapat dibeli. Sekiranya kita betul-betul bahagia, kita akan berasa bahagia pada bila-bila masa dalam apa-apa jua keadaan. Hal ini demikian kerana kebahagiaan kita rasai itu lahir daripada hati dan jiwa kita. Langkah pertama ke arah ini bermula dari anjakan paradigma dari segi pemikiran mental kita dan menghulurkan kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. Lebih baik lagi, libatkan dirilah dalam aktiviti keagamaan lebih kerap. 

No comments:

Post a Comment