Tuesday, August 9, 2011

A131874 Chow Yong Sheng LJ02 Kebahagiaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Hari ini merupakan hari ketiga saya menghadiri kuliah untuk ZT2253 dan inilah jurnal kedua yang saya tulis bagi kursus pengurusan emosi. Pada 3 Ogos 2011, kuliah pada kali ini adalah tentang Izard's Innate Facial Expression dan juga Emosi Positif. Kuliah tersebut adalah sambungan daripada kuliah yang sebelumnya iaitu Struktur dan Ekspresi Emosi. Sama dengan kuliah minggu lepas, sebelum kuliah kita bermula, kita semua juga disajikan dengan video "Look Into Your Eyes" daripada Outlandish, yang mana aplikasi dan maksud tersirat daripada lagu tersebut sangat berkait rapat dengan kehidupan.

Teori Izzard's innate facial expression mengatakan bahawa mekanisme neural  bagi ekspresi muka dan persepsinya adalah secara semula jadi. Dalam teori tersebut, Emosi adalah sesuatu yang semula jadi dan mempunyai kesan kecil kepada pengalaman emosi. terdapat 2 bukti telah dinyakakan dalam teori tersebut iaitu:

·         Newborn's 'born to smile' studies (kajian yang baru lahir 'dilahirkan tersenyum')

·         Cross-cultural studies (kajian silang antara budaya)

Namun, kajian yang pertama tidak disokong oleh kesusasteraan kerana bayi yang bersenyum bukanlah bermaksud bayi itu berasa gembira. Bagi teori Izard, Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi dan computerized analysis of facial photos (Pilowsky & Katsikitis, 1994) digunakan dalam kajian-kajian (Ekman, 1971  di Borneo & New Guinea). Scherer & Wallbott (1994) telah meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Bagi yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.

Saya bersetuju bahawa kerana bayi yang dilahirkan tidak mungkin boleh memahami apa yang dilakukan oleh oranag dewasa tetapi masih boleh ketawa apabila dia gembira dan menangis apabila dia lapar. Inilah disebabkan bahawa setiap orang telah mempunyai kemahiran yang tertentu dengan semula jadi.

Dalam kajian kedua iaitu kajian silang antara budaya ini, subjek telah ditunjukkan gambar dan mereka dikehendaki meneka apakah emosi yang telah digambarkan oleh ekspresi wajah dalam setiap gambar itu, adakah dia bermuka gembira, marah, sedih, jijik atau terperanjat.  Keputusan telah menunjukkan bahawa kajian ini telah mendapat konsensus yang tinggi daripada 5 kumpulan budaya yang berbeza. Kuiz tentang kajian tersebut telah dibuat oleh Dr. Zamri dalam kuliah kepada kami pada minggu ini. Pada pendapat saya, kuiz itu amat mendatangkan manfaat kepada kami kerana kuiz tersebut mampu membuatkan pelajar lebih focus ketika kuliah. Kuiz tersebut mampu membangkitkan rakan-rakan saya yang sedang tidur ketika kuliah dijalankan. Pada pendapat saya, wajarlah untuk setiap pensyarah menggunakan kuiz yang menarik untuk menarik perhatian para pelajar bagi mengelakkan para pelajar rasa mengantuk dan bosan. Dalam kuliah yang lepas, Dr Zamri juga memberi kuiz yang menarik tentang cross-cultural studies, di mana kami dikehendaki meneka emosi yang ditunjukkan dalam gambar. Kami telah disuruhi supaya mencari beberapa orang untuk menjadikan sebuah kumpulan bagi kuiz tersebut. Kumpulan kami telah menjawab lapan soalan betul dan dua soalan salah. Terhadap soalan yang kumpulan kami salah ialah soalan yang berkaitan dengan muka takut dan terperanjat. Kami tidak dapat membezakan muka antara takut dan terperanjat kerana kami rasa kedua-dua ekspresi itu lebih kurang sama.

       Selepas itu, kami juga bersambung dengan teori pembelajaran dan pengalaman. Plutchik dan Izard telah mempunyai beberapa penerangan mereka diri sendiri dari segi biologikal. Dalam penerangan Plutchik, dia menerangkan bahawa emosi adalah ungkapan langsung potensi genetik individu. Manakala Izard telah menyerangkan bahawa emosi bagi setiap bayi adalah sensitif kepada ciri-ciri persekitaran tertentu dan inilah memudahkan pembelajaran. Emosi telah muncul dalam tempoh beberapa bulan pertama kehidupan untuk mempengaruhi tingkah laku bayi. Terdapat beberapa penyebab yang menyebabkan emosi untuk diungkapkan. Contoh yang diberi ialah ketakutan. Setiap individu mempunyai rasa takut pada sesuatu yang berbeza. Sesuatu itu mungkin ialah sesuatu benda seperti benda yang tajam, binatang atau serangga dan lain-lain. Terdapat juga kemungkinan bahawa ketakutan dalam sesuatu situasi seperti dalam tempat yang gelap dan sunyi, tempat yang tinggi, dan sebagainya. Saya pula berasa takut jika berada di tempat yang gelap dan sunyi. Ini adalah kerana saya akan berfikir benda yang bukan bukan seperti mempunyai hantu di tepi saya jika saya berada di tempat yang gelap. Namun, orang lain mungkin berasa bahawa berada di tempat yang gelap merupakan sesuatu situasi yang biasa sahaja dan tidak berasa takut terhadapnya.

Proses kognitif juga berbeza antara setiap individu. Proses ini menyebabkan tindak balas fisiologi berbeza, contohnya ada orang yang berasa bahawa memandu kereta dengan cepat itu amat menakutkan dan tidak berasa selamat jika mereka atau kawan mereka memandu dengan cepat, manakala terdapat juga orang yang berasa memandu kereta dengan laju akan mendatangkan pengujaan kepada mereka dan berasa seronok. Selain itu, dari segi teori pembelajaran, ketakutan boleh dipelajari tetapi secara genetik orang akan bersedia untuk berasa takut pada beberapa objek daripada yang lain. Kajian yang ada ialah Miller's study dan Albert's study.

Di samping itu, kita juga belajar tentang emosi positif pada sesi kedua. Menurut Dr. Zamri, kebagiaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kebahagiaan, gembira dan kasih sayang. Gembira merupakan emosi yang dapat dizahirkan secara lahiriah dengan perasaan suka, kepuasan dan nikmat. Menurut Plato, gembira merupakan punca kepada kebahagiaan. Manakala Menurut Aristotle pula, kegembiraan adalah kejayaan mencapai kepuasan. Namun, itulah teori-teori dari orang barat, sekarang saya akan mengeluarkan pendapat saya. Pada pendapat saya, gembira itu merupakan sesuatu yang agak abstrak, dan agar susah untuk dinilai. Tidak semestinya seseorng itu gembira apabila mendapat kepuasan atau pun memperoleh sesuatu, hal ini adalah sedemikian kerana kadang-kadang, kepuasan itu tidak hadir dalam kegembiraan apabila sesuatu yang kita peroleh dan lakukan bukan atas kehendak diri. Selain itu, dalam tajuk kebahagiaan, kebahagiaan itu datang dengan kegembiraan dan disaringi dengan kasih. Menurut kajian, kegembiraan itu berbeza mengikut Negara ( Veenhoven 1995). Menurut Argyle, orang Amerika Utara, Australia dan Eropah merupakan negara yang paling gembira. Selain itu, Diener juga melabelkan Negara asia merupakn Negara yang mempunyai kebahagiaan kendiri yang rendah. Namun, menurut Freud, hubungan dengan keluarga semasa zaman kanak-kanak penting untuk proses kebahagiaan diwaktu remaja. Hal ini dapat kita lihat dengan mengkaji sifat-sifat kanak-kanak yang menjadi mangsa dera keluarga. Kebanyakan kanak-kanak ini menjadi lebih agresif dan ganas pada masa akan datang semasa mereka menjadi orang dewasa.

Kesimpulannya, emosi positif amat penting untuk kita semua. Kita perlu mempraktikkan emosi tersebut supaya kehidupan menjadi lebih bermakna. Dengan sikap mental positif, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi segala cabaran pada masa depan kita. Inilah akan mendatangkan manfaat kepada kita sebagai doktor yang mantap. Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment