Tuesday, August 9, 2011

Talentime Tan Siang Tai A131561 LJ02

Tarikh kuliah: 3.8.2011 (Rabu)
Masa: 2.00-5.00 p.m.
Tempat: DK 1
 
Selamat sejahtera. Kuliah pada hari rabu mempunyai beberapa sesi, iaitu sesi kuliah, sesi menjawab kuiz dan sesi pembentangan oleh pelajar. Sesi kuliah kali ini memperbincangkan dua topik. Topik pertama ialah 'Izard's Innate Facial Expression'. Izard mengata bahawa expressi pada muka dan persepsi emosi adalah innate. Contoh yang dibagi adalah bayi dilahirkan untuk senyum. Melalui satu kajian, iaitu 'cross-cultural studies' yang dilakukan oleh Paul Ekman di mana beliau menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi dan beliau juga mengata bahawa expressi emosi bukan 100 % innate, kerana expressi emosi boleh dipengaruhi oleh pengalaman dari segi budaya. Seterusnya, terdapat perbincangan mengenai teori pembelajaran dan pengalaman. Dari segi teori biologi, emosi itu tidak boleh dipelajari, namun pengawalan expressi emosi itu boleh dipelajari. Plutchik mengata bahawa pembelajaran hanya boleh mempengaruh keberangkalian expressi sesuatu emosi. Dari segi teori pembelajaran pula, ada yang kata, emosi merupakan sesuatu yang harus dipelajari. Contohnya, Izard mengata bahawa emosi menjadi peribadi selepas seseorang itu belajar daripada pengalaman yang dialami dan emosi inila yang akan mempengaruhi tingkah laku seseorang itu, seperti yang ditunjukkan oleh bayi. Pembelajaran emosi ini juga berlainan bagi setiap orang. Misalnya, mungkin ada orang yang menganggap ketinggian itu merupakan satu fobia, dan ada orang yang menganggap ketinggian itu satu cabaran.
 
Tajuk kedua yang diperbincangkan adalah emosi positif. Terdapat tiga contoh emosi positif, iaitu gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan itu merupakan suatu emosi yang mendatangkan keseronokan, kesenangan, dan kepuasan. Terdapat teori mengenai kegembiraan ini, yang pertama ialah teori Aristotle, di mana beliau mengata kegembiraan itu hasil kerjayaan mengejar kesenangan. Yang kedua ialah teori Plato, di mana beliau kata sumber kegembiraan adalah daripada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan. Yang ketiga ialad teori Epicurean, di mana beliau kta kegembiraan hanya boleh dicapai dengan meningkatkan kesenangan hidup dan mengurangkan kesakitan hidup. Yang keempat ialah teoori Mills, di mana beliau kata kesesuaian atau kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan mampu membawa kegembiraan.  Yang kelima ialah teori saya, di mana pada pendapat saya, kegembiraan itu adalah kenikmatan kehidupan. Tanpa mengira kesakitan, kesenangan, kepuasan, keseronokan ataupun kesedihan, semua emosi ini merupakan antara pengajaran dan pengalaman bagi seseorang itu dan sekiranya melalui semua ini, seseorang itu mampu membesar dan menikmati kehidupan dengan penuh rasa penghargaan dan seterusnya mampu memahami erti kegembiraan. Menurut Kozma, terdapat 2 komponen, iaitu pengaruh jangka pendek dan pengaruh jangka panjang. Pengaruh jangka pendek adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang terdekat dalam kehidupan seseorang. Pengaruh jangka panjang pula hasil pembelajaran emosi yang berterusan dan stabil, contohnya daripada masa kecil hingga besar. Model 'addictive' merupakan satu model yang mengabungkan kedua-dua elemen tersebut.
 
Kasih sayang merupakan sesuatu emosi yang melebihi suka dan mempunyai sifat kepercayaan, keperihatian, dan sanggup bergantung kepada satu sama lain. Faktor-faktor kasih sayang ialah keintiman, keghairahan, dan komitmen. Kasih sayang mampu mambawa kepada kegembiraan dan kedua-dua kegembiraan dan kasih sayang pula membawa kepada kebahagiaan seseorang. Kasih sayang sebenarnya bukan sahaja melibatkan dua orang dalam sesuatu hubungan, malah ia melibatkan interaksi dan komunikasi antaradua keluarga, dua kumpulan masyarakat. Pada pendapat saya, kasih sayang merupakan sesuatu yang peribadi. Sesungguhnya ia melibatkan banyak pihak dan banyak faktor, namun sekiranya kedua-dua pasangan tersebut sanggup memberi komitmen, bertanggungjawab, dan mempercayai satu sama lain; sanggup mengambi risiko untuk menikmati kehidupan, mengalami segala kegembiraan, kesedihan, kesakitan, dan kesenangan bersama-sama; serta sanggup menghargai dan menikmati kesederhanaan yang terdapat dalam kehidupan, maka kasih sayang itu seharusnya diraikan dan mampu membawa kepada kegembiraan dan kebahagian.
 
Filem yang akan saya kongsikan mengenai topik yang diperbincangankan ialah  'Talentime'. Filem mengisahkan kasih sayang dalam definisinya tersendiri yang sederhana, cantik, terharu dan mudah. Filem ini mengisahkan seorang lelaki India yang dilahirkan bisu. Dia mempunyai seorang kakak dan mereka kedua-dua dibesarkan oleh ibu tunggal mereka. Pada satu ketika, sekolah menengah lelaki India itu telah mengadakan satu pertandingan, namanya 'talentime'. Pertandingan ini akan mempunyai 7 orang peserta, 7 orang juri, 7 orang penunggang motosikal sempena ulang tahun yang ketujuh bagi sekolah tersebut. Lelaki India itu telah dipertanggungjawabkan untuk membawa seorang gadis Melayu bagi berlatih di sekolah setiap hari untuk tujuan pertandingan tersebut. Pada awalnya, gadis Melayu tersebut mempunyai salah faham terhadap lelaki India itu kerana lelaki itu enggan bercakap dengannya. Namun selepas mengenal kebenaran, kedua-dua orang mula berkawan dan hubungan mereka bertambah intim di mana mereka jatuh cinta terhadap satu sama lain. Keluarga lelaki India membantah dan gadis Melayu terpaksa berpisah dengannya, namun semasa pertandingan dijalankan, lelaki India muncul dan mengakui kasih sayangnya. Di bahagian lain pula, terdapat seorang lelaki Cina dan lelaki Melayu yang turut menyertai pertandingan tersebut. Namun, hubungan antara kedua-dua lelaki ini kurang baik akibat salah faham lelaki Cina itu terhadap lelaki Melayu. Lelaki Melayu itu telah kehilangan ibunya pada malam sebelum hari pertandingan disebabkan kanser. Pada hari pertandingan, lelaki Melayu masih muncul dan membuat persembahan, yang anehnya, lelaki Cina itu turut serta persembaha itu menjayakan satu 'talentime show'.
 
Filem ini mengisahkan kegembiraan di sebalik kesedihan; filem ini mengisahkan kesederhanaan di sebalik kebahagiaan; filem ini mengisahkan kasih sayang di sebalik rintangan. Kenapa filem ini bagus? Pengarah filem dengan senangnya berjaya menceritakan suatu cerita yang norma dan biasa dan menjadikan cerita itu baloi untuk dikongsi dan dinikmati. Beliau mampu menunjukkan keintiman antara pasangan lelaki India dan gadis Melayu tanpa memerlukan kiss atau peluk. Satu adegan yang menunjukkan lelaki itu mambawa gadis itu atas motosikal dan cara mereka menikmati kesederhanaan dalam bandar sepanjang jalan. Beliau mampu menunjukkan kebahagiaan dalam sesebuah keluarga  dengan cara yang sederhana dan senang. Satu adegan di mana ibu bapa kepada gadis Melayu itu meluangkan masa untuk bermain dengan ketiga-tiga anak perempuan mereka dan cara mereka bersuka ria tanpa menghabiskan banyak duit dan tenaga. Beliau juga mampu mengisahkan kegembiraan di sebalik kesedihan, satu melalui lelaki India, satu melalui lelaki Melayu. Sesungguhnya dilahirkan bisu, namun lelaki India itu tidak pernah berasa redah diri atau sedih, sebaliknya dia dapat memerhati dan melihat kehidupan di sekelilingnya, serta menikmati keharmonian tersebut. Sesungguhnya mempunyai seorang ibu tunggal yang dijangkiti kanser, lelaki Melayu itu berasa senang hati kerana dia selalu dapat menziarahi ibunya, bersembang dengan ibunya, 'bermain-main' dengan ibunya. Walaupun akhirnya ibunya telah meninggal dunia, dia masih tabah dan membuat persembahan kerana dia tahu bahawa persembahan itu membawa kebanggaan kepada ibunya dan dia merupakan anak ibu.
 
Kegembiraan, kasih sayang dan kebahagiaan merupakan sesuatu yang sentiasa berada di sekeliling anda. 'So, always looks back when you are moving forward. Experience life and live on'   

No comments:

Post a Comment