Ong Wei Jie A131799
Salam Sejahtera. Pada 3 Ogos, saya telah menghadiri kuliah ZT dan kuliah pada hari tersebut amat berlainan. Kuliah bermula dengan sebuah lagu" You came to me" oleh Sami Yusuf . Pada pendapat saya, lagu ini memberi saya perasaan yang selesa dan segar. Walaupun saya tidak dapat mendengar lirik lagu dengan jelas, tetapi melodi lagu ini amat menarik perhatian saya. Saya mendapat tahu daripadu kawan saya bahawa beliau amat berbakat dalam bidang music sejak kecil lagi. Lagu ini menceritakan tentang kasih saying and komitmin seseorang terhadap agamanya.
Dalam kuliah ini saya telah mempelajari tentang teori ' Izard's Innate Facial Expression' dalam menerangkan struktur dan ekspresi emosi. 'Izard's Innate Facial Expression' menerangkan tentang emosi yang kita alami adalah semula jadi. Sesungguhpun proses pembelajaran mempengaruhi proses intepretasi emosi, namun kesannya amat kecil seperti yang dinyatakan dalan teori Izard. Contoh yang prominent adalah bayi yang baru dilahirkan. Bayi tersebut akan senyum apabila melihat ibu bapanya dan menangis apabila berasa takut atau sakit. Bayi dapat menyampaikan emosinya dengan berkesan tanpa diajari. Walaupun emosi dan gerak-geri bayi adalah terhad, bayi masih dapat menyampaikan perasaan dan emosinya dengan menangis atau senyum. Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, setelah lanjutnya usia bayi berkenaan terdapat lebih banyak ekspresi muka atau perasaan yang dapat kita lihat dalam diri mereka. Contohnya, sifat malu akan ditunjukkan pada usia 3 – 4 bulan pada usianya dan juga pada 5 – 6 bulan pula sifat takut akan ditunjukkan. Apabila bayi itu semakin membesar menjelang rumur lima atau enam bulan mempunyai perasaan takut dan malu, apabila berumur satu tahun akan pandai berasa puas dan apabila berumur dua tahun mula berasa bersalah setelah melakukan kesalahan yang jelas.
Selain itu, terdapat teori lain dalam menerangkan pembentukan emosi dan Dalam teori ' Learning & Experience Theories' Terdapat dua cara yang berbeza iaitu pengalaman melalui pandangan biologi dan pengalaman dari pandangan pembelajaran. Menurut pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang minimal terhadap emosi seseorang dan pandangan ini selari dengan teori ' Izard's Innate Facial Expression' Dalam pandangan pembelajaran pula, pembelajaran merupakan faktor utama dalam pembentukan emosi. Saya amat bersetuju dengan teori ini. Pada pendapat saya, pendidikan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi kita. Pendidikan yang saya maksudkan termasuk pendidikan formal and pendidikan tidak formal. Hal ini dapat dilihat dalam individual yang berpendidikan yang individual yang tidak pernah mendapat pendidikan. Individual yang berpendidikan akan tahu cara-cara mengawal emosinya. Dia akan tahu masa yang sesuai untuk mengekspresikan emosinya. Dia akan juga akan menekan emosinya sekiranya persekitaran tidak sesuai. Contohnya seseorang tidak harus marah dan berkelakuan kasar di depan orang ramai. Hal ini berlainan dengan individual yang tidak pernah mendapat pendidkan. Dia tidak dapat mentakfsir persekitaranya dengan berkesan. Dia akan menunjukkan emosinya dengan jujur tanpa memikirkan kesannya. Contohnya, seseorang itu akan memarahi anaknya di depan orang ramai tanpa memikirkan emosi dan perbuatan tersebut akan memalukan air muka anaknya.
Semasa kuliah ZT, terdapat suatu sesi kuiz tentang topic yang diajar minggu lepas. Kuiz ini dibahagikan kepada dua bahagian, kami diarahkan membahagikan kepada kumpulan dan menulis jawapan kuiz di kertas yang akan dihantar kemudian. Soalan yang dikemukakan amat mencabar kerjasama antara ahli pasukan amat diperlukan. Pada pendapat saya, kuiz ini amat sesuai diselitkan pada pertengahan kuliah. Hal ini kerana kuiz ini menghidupkan suasana kembali dan dapat mengelakkan pelajar daripada berasa bosan.
Selepas itu, kami diberi pendedahan tentang emosi gembira iaitu emosi gembira dan kebahagiaan. Dalam kuliah ini, saya mendapat tahu bahawa emosi gembira dapat dibahagikan kepada beberapa tahap. Ini adalah kali pertama saya mendapat tahu tentang ini. Saya mendapat tahu dilamun cinta adalah tahap tertinggi dalam emosi gembira. Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan pembahagian ini. Hal ini kerana setiap invididual mempunyai keperluan yang berlainan. Bagi sesetengah orang, memiliki kereta dan rumah mewah adalah kegembiraan yang paling tinggi. Tetapi bagi sesetengah orang, kehidupan yang aman, damai, sejahtera tanpa gangguan bencana, penyakit adalah kegembiraan yang paling diingini. Sesetangah orang pula berasa memiliki kerjaya yang Berjaya adalah kegembiraan. Bagi saya, kegembiraan adalah kehidupan yang bermakna. Kehidupan yang bermakna ialah dapat bersama dengan orang yang dicintai, bersama dengan keluarga yang disayangi, dapat melakukan perkara yang saya sukai dengan bebas dan dapat memberikan bakti kepada masyarakat serta menolong orang yang memerlukan bantuan. Secara kesimpulan, definisi kebahagiaan ditentukan dengan pemikiran individu dan terdapat pelbagai faktor mempengaruhi pemikiran individu, contohnya pengaruh agama, ibu bapa, orang tua-tua, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya.
Pendek kata, saya mempelajari banyak pengetahuan yang berbeza dalam kuliah ini. Dalam dunia ini, terdapat banyak orang yang berasa dirinya tidak bahagia dan selalu berasa sedih kerana tidak dapat memiliki sesuatu. Hal ini kerana sifat ketamakan manusia yang menyebabkan manunia tidak bahagia, Sifat tamak ini yang menyebabkan kebanyakan manusia bertukus-lumus mengejar kemewahan dan kuasa sehingga mengabaikan orang di sekelilingnya. Manusia sebenarnya telah memilik keperluan yang boleh menyebabkan mereka gembira tetapi manusia sering mengabaikan sesuatu yang berharga dan menyedari kepentingannya selepas kebahagiaan itu hilang. "Success is not greedy, as people think, but insignificant. That is why it satisfies nobody." Lucius Annaeus Seneca
No comments:
Post a Comment