Tuesday, August 9, 2011

Emosi

Saya telah menghadiri kuliah kursus Pengrusan Emosi yang ketiga pada 3
Ogos 2011(rabu. Kami te;ah didedahkan secara lebih mendalam terhadap
topik pengurusan emosi. Kuliah hari ini bertajuk 'Emosi Positif dan
Emosi Negatif'.Kuliah dimulakan dengan tayangan video klip bertajuk
'You Came To Me'. Video ini menunjukkan kepentingan agama. Agama boleh
memberi kita dorongan dan motivasi untuk menghadapi rintangan hidup.
Betapa pentingnya agama kepada seseorang. Agama membolehkan kita
menghadapi rintangan hidup, samada yang besar atau yang kecil, dengan
emosi positif. Dengan dorongan agama, kita tidak mudah untuk berputus
asa terhadap apa-apa dalam kehidupan kita.
Kuliah diteruskan dengan topic 'Izard Innate Facial Expression'. Izard
menyatakan bahawa ekspresi emosi adalah kebolehan semulajadi yang
diperolehi tanpa diajar. Ini bermaksud bayi akan memperolehi kebolehan
untuk senyum apabila berasa gembira dan menangis apabila sedih denagan
sendirinya tanpa perlu diajar oleh ibu bapa. Pembelajaran hanya member
kesan yang kecil terhadap perkembangan ekspresi emosi. Sebahagian
besar kebolehan ekspresi emosi adalah semulajadi dan sama antara semua
kaum dan bangsa. Teori ekspresi emosi sebagai kebolehan semulajadi
dibuktikkan oleh dua kajian, iaitu kajian 'born to smile' dan
'cross-sectional study'. Dalam kajian 'born to smile', bayi yang
berumur beberapa bulan boleh menunjukkan pelbagai ekspresi emosi yang
sama dengan dewasa tanpa diajar oleh ibu bapa. Ini menunjukkkan bahawa
ekspresi emosi adalah sebahagian daripada fisiologi asas manusia yang
telah wujud sajak dilahirkan atau akan wujud secara sendirinya apabila
bayi membesar. Seseorang bayi akan berasa terkejut dan marah pada umur
3-4 bulan, takut dan malu pada sejak 5-6 bulan, perasaan puas hati
pada umur 1 tahun dan berasa bersalah pada umur 2 tahun. Ini
merupakan fakta yang menarik. Sebelum ini, saya berpendapat bahawa
kesemua emosi sudah wujud sejak dilahirkan dan akan timbul apabila
terdapat 'stimulus' yang berkenaan. Rupa-rupanya, perkembangan emosi
berlaku secara berperingkat mengikut umur. 'Cross-sectional study'
dijalankan oleh Paul Ekman. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
kebolehan individu daripada kaum, bangsa dan negara yang berlainan
untuk mengnal ekspresi wajah pada muka. Beliau mamaparkan
gambar-gambar ekspresi emosi pada eajah seseorang dan meminta resonden
untuk mengenal pasti ekspresi wajah tersebut. Kajian tersebut
dijalankan di negara-negara seperti Argentina, Brazil, Amerika
syarikat, Chile dan Jepun. Walaubagaimanapun, kajian tersebut
dikatakan hanya ditujukan kepada golongan terpelajar. Olh sebab itu,
Ekman kemudiannya menjalankan kajian tersebut di Papua New Guinea dan
Borneo supaya sampel responden juga termasuk individu-individu
daripada negaara membangun. Kajian tersebut mendapati bahawa wajah
gembira mudah dikenal pasti berbanding wajah-wajah yang lain. Pada
tahun 1994, Paul Ekman menyatakan bahawa kesejagatan mimic muka dengan
emosi. Kajian Paul Ekman disokong oleh kajian Scherer dan
Wallbott(1994) yang dijalankan di 37 buah negara dan 5 buah benua.
Kedua-dua kajian ini menjadikan teori bahawa ekspresi emosi adalah
sejagat suatu fakta.
Topik seterusnya adalah 'Learning and Experience Theories'.
Pemerolehan pengalaman dan pembelajaran dibahagi kepada dua kaedah,
iaitu pengalaman melalui pandangan biologi dan pengalaman dari
pandangan pembelajaran. Melalui pandangan biologi, pembelajaran
memainkan peranan minima dalam perkembangan emosi. Plutchik
berpendapat bahawa emosi ditentukan oleh genetik dan boleh diubah
melalui pembelajaran.Hal ini memang lazim dikatakan, misalnya
seseorang yang pemarah dikatakan memiliki sifat pemarah ibu atau
bapanya ( factor genetik),tetapi melalui beberapa kaedah, seperti
meditasi, emosinya dapat dikawal (modifikasi melalui pembelajaran).
Izard pula mengatakan bahawa emosi muncul sejak usia muda lagi bayi
serta mempengaruhi tingkah laku bayi tersebut. Emosi merangsang
sesuatu respon oleh bayi dan hal ini membantu dalam pembelajaran. Ini
bermaksud emosi digunakan oleh bayi untuk membawa kepada respons.
Respons ini pula membawa kepada pembelajaran bayi. Kaedah kedua ialah
pengalaman dari pandangan pembelajaran. Emosi boleh dipengaruhi oleh
pengalaman kita sendiri. Kajian Albert menjelas bahawa perasaan takut
dilahirkan semasa mereka menjalankan proses pembelajaran. Teori ini
berkaitan dengan konsep di mana emosi bukan sahaja ditentukan oleh
genetic, tetapi juga oleh pengalaman kita. Contohnya, munculnya fobia
terhadap ular selepas pengalaman dipatuk ular. Ini merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran dan boleh membawa kepada
kebaikan. Denagan mengaitkan emosi dengan insiden tertentu, ini
menyebabkan perubahan respons kita terhadap insiden yang sama apabila
ia dihadapi sekali lagi.
Kuliah juga membincangkan topic emosi positif: kegembiraan, kasih
sayang dan kebahagiaan. Kegembiraan membawa maksud sesuatu perasaan
yang penuh dengan kepuasan dan keseronokan. Menurut Aristotle,
kegembiraan merupakan kejayaan mencapai keseronokan. Kegembiraan
seseorang sebenarnya bergantung kepada dirinya sendiri.Hal ini mungkin
kerana setiap orang mempunyai persepsi yang berlainan terhadap
kehidupan mereka. Ada yang berasa bahawa sesuatu rintangan itu terlalu
susah untuk dihadapi, ada yang berasa bahawa ia tidaklah begitu susah.
Dikatakan bahawa individu yang mempunyai tahap pelarasan diri yang
tinggi adalah orang yang lebih gembira berbanding dengan orang yang
tahap pelarasan dirinya lebih rendah.Hal ini demikian kerana tahap
pelarasan diri yang tinggi membantu seseorang menghadapi rintangan
dalam kehidupannya dengan lebih baik dan efektif. Seterusnya, menurut
Kozma kegembiraan dibahagi kepada dua komponen iaitu "long term
affective states" dan Short term effective states''. "Long term
effective states'', iaitu kesan jangka panjang bergantung kepada
keadaan dan persekitaran pembesaran seseorang. Kesan jangka panjang
member pengaruh yang lebih besar terhadap emosi seseorang. Untuk
"short term affective states" atau kesan jangka pendek pula, ia akan
bergantung kepada pengalaman kehidupan kita sendiri. Ini boleh
disebabkan oleh sesuatu perkara yang minor.
Secara kesimpulannya, kami talah belajar tentang ekspresi emosi. Kami
juga didedahkan kepada dua kaedah pengalaman emosi, iaitu dari
pandangan biologi dan pandangan pembelaaran. Salain itu, kita juga
belajar tentang emosi positif.

No comments:

Post a Comment