Tuesday, August 9, 2011

A131567 Hamishatul Shamsiah Abdul Manaf LJ02 'Bahagia' la sangat...

                Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pada 3 Ogos 2011 yang lalu, saya menghadiri kuliah yang sangat menarik. Tajuk kuliah itu sendiri membuat diri saya tertarik untuk mendengar kuliah dan mempelajarinya. Tajuk kuliah tersebut ialah Emosi Positif. Antara emosi positif yang dibincangkan ialah gembira, bahagia dan kasih.
 
'Happiness is like a butterfly: the more you chase it, the more it will elude you, but if you turn your attention to other things, it will come and sit softly on your shoulder.'
~Henry David Thoreau
 
                Kebahagiaan ialah keadaan emosi atau keadaan afektif yang dicirikan oleh perasaan keseronokan, suka dan kepuasan. Ini mencerminkan kepentingan sejagat yang manusia letakkan pada kebahagiaan.
 
Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
 
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.
 
Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediamanyang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.
 
Saya juga diperkenalkan dengan beberapa falsafah tentang kebahagiaan oleh ahli falsafah yang terkenal seperti Aristotle, Plato, Epicurean dan juga Mills.
 
Happiness is successful pursuit of pleasure - Aristotle. Aristotle merupankan murid kepada Plato.  Dari pembacaan saya, beberapa cirri-ciri teori Aristotle tentang kebahagiaan adalah seperti berikut:
  • Happiness is the ultimate end and purpose of human existence
  • Happiness is not pleasure, nor is it virtue. It is the exercise of virtue.
  • Happiness cannot be achieved until the end of one's life. Hence it is a goal and not a temporary state.
  • Happiness is the perfection of human nature. Since man is a rational animal, human happiness depends on the exercise of his reason.
  • Happiness depends on acquiring a moral character, where one displays the virtues of courage, generosity, justice, friendship, and citizenship in one's life. These virtues involve striking a balance or "mean" between an excess and a deficiency.
  • Happiness requires intellectual contemplation, for this is the ultimate realization of our rational capacities.
 
Plato - Source of happiness is virtuous life. Plato merupakan ahli falsafah Yunani klasik, anak murid kepada Socrates dan guru kepada Aristotle. Plato merupakan penulis dialog falsafah dan juga pengasas Academy di Athens, institusi pengajian tinggi yang pertama di dunia barat. Mengikut plato, jiwa manusia mempunyai tiga bahagian; sebab, kesanggupan dan kemahuan. Seseorang itu bahagia apabila ketiga-tiga bahagian jiwa itu seimbang.
 
Epicurean – Happiness is by maximizing pleasure and minimizing pain. Ini bermaksud, kebahagiaan dapat dicapai dengan memaksimakan keseronakan dan meminimakan kesakitan. Mills – Happiness is the appropriateness of all behavior. Mills berpendapat bahawa kebahagiaan adalah kewajaran kepada semua tingkah laku.
 
Beberapa kajian berkenaan dengan kebahagiaan telah dijalankan. Veenhoven, 1995, menjalankan kajian merentasi budaya menunjukkan bahawa kebahagiaan berbeza dari satu Negara yang lain. Manakala Diener et al, 1995, melaporkan bahawa kebahagiaan diri budaya Asia lebih rendah berbanding yang lain. Selain itu, kajian oleh Argyle, 1995, menunjukkan bahawa orang yang paling bahagia di Amerika Selatan ialah orang – orang yang tinggal di Australia dan Eropah.
 
Kozma et al, 1992, menyatakan bahawa terdapat dua komponen utama dalam kebahagiaan. Dua komponen tersebut iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Dari segi jangka masa panjang ialah latar belakang emosi yang berterusan yang agak stabil dari bulan ke bulan seterusnya dan tahun ke tahun yang seterusnya. Contohnya sejak kita kecil hingga sekarang. Sebaliknya, jangka masa pendek berdasarkan kejadian terbaru yang terjadi dalam hidup kita. Contohnya seperti mendapat adik baru dan lulus atau gagal dalam peperiksaan. Freud menyatakan bahawa hubungan kita dengan kedua ibu – bapa ketika kanak-kanak adalah penentu yang penting dalam pelarasan kemudian dan kebahagiaan.
 
Kebahagiaan juga dikaitkan dalam dunia perkahwinan. Vanfossen, 1981, mengatakan bahawa masing – masing lelaki dan perempuan memperolehi kebahagiaan daripada perkahwinan. Tambahan pula setelah dikurniakan dengan cahaya mata. Dikatakan bahawa orang yang sudah berumahtangga lebih bahagia berbanding dengan orang yang masih bujang.

Ketika kuliah tersebut, saya diajukan soalan yang telah membuat saya berfikir sejenak. 'Adakah perkahwinan memberikan kebahagiaan atau orang yang bahagia menjadikan perkahwinan itu lebih bahagia?'. Akhirnya saya berpendapat bahawa kedua-duanya bertanggungjawab untuk mengecapi kebahagiaan.
 
Terdapat juga faktor lain dalam kebagiaan. Pada pendapat Argyle, 1987, faktor kesihatan, persahabatan, pekerjaan, rekreasi dan juga penghayataan agama turut menyumbang dalam kebahagiaan. Orang yang lebih beragama lebih bahagia berbanding dengan orang yang kurang penghayatan agama. Saya sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini kerana orang yang lebih kuat beragama lebih tabah dan tuhan merupakan tempat mereka bergantung. Terdapat beberapa kajian dijalankan bagi membuktikan pernyataan tersebut.
 
Cinta juga menyumbang kepada kebahagiaan. Terdapat tiga faktor dalam cinta iaitu komitmen, keintiman dan juga keghairahan.
 
Ketika kuliah juga, Dr Zambri telah memberi kami kuiz. Di mana kami membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga orang. Soalan yang diberi berkisar tentang kuliah yang diberi sebelum ini. Setelah selesai menjawab kuiz tersebut, saya menyedari bahawa saya perlu lebih banyak ulangkaji untuk memastikan saya lebih faham tentang konsep – konsep yang diajar agar saya dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan juga tidak lupa agar saya dapat lulus peperiksaan dengan cemerlang. Kerana apabila saya lulus, saya akan menjadi lebih gembira. Apabila saya gembira, saya BAHAGIA!!!
 
Sekian terima kasih. Salam Ramadhan. =)
 
* sebahagian petikan dipetik daripada Wikipedia
 

No comments:

Post a Comment