Tuesday, August 9, 2011

A131953 MUHAMAD FARHAN BIN ISHAK LJ02 : Bahagiakah anda?

 A131953 MUHAMAD FARHAN BIN ISHAK LJ02 : Bahagiakah anda?


Assalamualaikum,
    Alhamdulillah , syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, saya masih lagi bernafas, masih boleh mengenal erti amal makruf nahi mungkar, masih lagi boleh berjalan dan seterusnya mengecapi nikmat hidup di dunia yang penuh barakah ini. Hari ini, tanggal 9 ogos 2011, dengan ringan tangannya, akan cuba menyambung menulis jurnal yang merupakan tanggungjawab dan  merupakan salah satu amanah yang diberikan oleh pensyarah kepada setiap pelajarnya. Ramai yang merungut untuk menulis jurnal ini sebenarnya, namun rakan-rakan, samada anda sedar atau tidak, ini merupakan amanah yang kita wajib tuntuti. Inilah tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. Kenapa harus dipertikaikan? Kerana buang masa anda? Fikir semula, kita boleh menghabiskan banyak masa menonton wayang, bermain permainan video, melayari laman sesawang "facebook" , membeli-belah dan pelbagai lagi, adakah semua itu tidak membuang masa? Renung-renungkanlah…
   Untuk kelas pengurusan emosi yang lepas, pensyarah telah memulakan kuliah dengan  mengemukan kuiz untuk menguji pemahaman mengenai kuliah yang lepas, Alhamdulillah, kumpulan saya yang terdiri daripada Amir dan Shio telah berjaya jawab dengan baik . Walaupun tidak memperoleh result 100% tepat, namun hamper 80% dapat dijawab dan betul.  Penyarah juga ada menayang kan video yang bertajuk " look into your eyes" dari kumpulan Outlandish . Jujur, saya tidak pernah mendengar lagu mahupun tajuk lagu tersebut. Setelah dihayati, saya dapati lagu tersebut berkisar tentang hidup-hidup yang dihadapi rakyat Palestin sekarang. Lagu tersebut punyai banyak maksud tersirat dan agak menyedihkan rentak musiknya.  Kemudian, bermulalah kuliah yang sepatutnya.
   Untuk makluman, minggu ini, kami didedahkan kan dengan " Izard's Innate Facial Expression Theory" yang menceritakan tentang teori beliau yang menerangkan bahawa emosi itu merupakan sifat semulajadi yang menjadi lumrah semulajadi manusia. Tidak dapat kita nafikan  bahawa emosi jugak dapat kita pelajari, namun menurut Izzard,  pembelajaran mengenai emosi hanya memberi impak yang sangat minima terhadap emosi manusia. Berdasarkan tafsiran dan pemahaman saya, saya amatlah bersetuju dengan teori beliau, namun, kadang-kadang, haruslah kita ketahui bahawa emosi manusia ini, terutamanya orang dewasa, emosi yang mereka expresskan tidak seperti yang kita fikirkan. Contohnya, sahabat kita kadang-kadang ketawa, akan tetapi, mungkin ketawanya hanya palsu untuk menjaga hati kita. Perkara ini dapat dilihat secara terang-terangan dalam para pelakon yang wujud di atas muka bumi ini. Namun, tidak dapat kita nafikan bahawa, teori izzard ini dapat kita lihat secara terang –terangan terhadap bayi.
  Kemudian, pada sesi kedua, kita belajar pula tentang emosi positif. Menurut pensyarah, kebagiaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kebahagiaan, gembira dan kasih. Jadi, apakah itu gembira? Gembira merupakan emosi yang dapat dizahirkan secara lahiriah dengan perasaan suka, kepuasan dan nikmat. Menurut Aristotle, kegembiraan adalah kejayaan mencapai kepuasan. Manakala Plato pula, gembira merupakan punca kepada kebahagiaan. Cukup dengan teori barat, sekarang, saya akan member pendapat saya pula mengenai gembira. Pada saya, gembira itu merupakan sesuatu yang agak subjektif, dan agar sukar dan mustahil untuk dinilai. Tidak semestinya seseorng itu gembira apabila mendapat kepuasan atau pun memperoleh sesuatu, hal ini adalah sedemikian kerana kadang-kadang, kepuasan itu tidak hadir dalam kegembiraan apabila sesuatu yang kita peroleh dan lakukan bukan atas kehendak diri. Kita mungkin dapat mengukir kegembiraan di raut wajah, namun, di hati , hanya yang ALLAH sahaja yang ketahui. Kerana, secara jujur, pada saya, saya tetap akan memberikan reaksi yang gembira kepada sahabat-sahabat walaupun pada masa itu saya sangat sedih.
  Bagi saya, kebahagiaan itu datang dengan kegembiraan dan disaringi dengan kasih. Menurut kajian, kegembiraan itu berbeza mengikut Negara ( Veenhoven 1995). Diener juga melabelkan Negara asia merupakn Negara yang mempunyai kebahagiaan kendiri yang rendah.  Dan menurut Argyle, orang Amerika Utara, Australia dan Eropah merupakan negara yang paling gembira. Saya sangat tidak bersetuju dengan mereka. Menurut Freud, hubungan dengan keluarga semasa zaman kanak-kanak penting untuk proses kebahagiaan diwaktu remaja. Hal ini dapat kita lihat dengan mengkaji sifat-sifat kanak-kanak yang menjadi mangsa dera keluarga. Kebanyakan kanak-kanak ini menjadi agresif dan bertindak "self defence" ketika meningkat dewasa.
   Kemudian , sampailah kepada tajuk yang berjaya  menarik minda saya, iaitu kebahagiaan dan perkahwinan. Kali ini, saya tidak mahu mengambil teori-teori barat yang telah dipelajari kerana saya lebih cenderung untuk mengambil beberapa hadis yang berkaitan perkahwinan.  Menurut kajian, perkahwinan akan menyebabkan 35% lelaki dan 41% wanita gembira. Sebagai seorang hamba ALLAH , seseorng yang menganuti agama islam, hanya hubugan perkahwinan yang dilakukan antara lelaki dan wanita sahaja yang diterima ALLAH, oleh itu, janganlah kita melanggar perintahnya. Hal ini amatlah ditakuti kerana, sejak kebelakangan ini. Semakin bayak kes-kes "gay" dan "lesbian" yang kian merebak dikalangan masyarakat.
  Dengan ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang beberapa dalil dan hadis tentang perkahwinan, harap dapat memberi mendorong   rakan-rakan untuk berkahwin awal. ;-)
1) Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

2) Dalam nas yang lain Allah swt berfirman yang bermaksud:

"...maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil diantara (isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."

(Surah An-Nisa' 4 : 3)

3) Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

·         
·         Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah benda (perhiasan) dan sebaik-baik benda (perhiasan) adalah wanita (isteri) yang sholehah. (HR. Muslim) 

·         Rasulullah Saw bersabda kepada Ali Ra: "Wahai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita (gadis atau janda) bila menemukan laki-laki sepadan yang meminangnya. " (HR. Ahmad) 

·         Sesiapa kahwin (beristeri) maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi) 
 
·         Barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan, dan sesiapa mengahwini wanita kerana memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan, dan sesiapa berkahwin kerana memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan, tetapi barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana bermaksud ingin meredam gejolak mata dan menjaga kesucian seksualnya atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan, maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkati isterinya baginya. (HR. Bukhari) 

  Sekadar ini perkongsian ilmu dari saya, semoga dapat member " input" kepada rakan-rakan sekalian, 




No comments:

Post a Comment