Selamat sejahtera kepada semua pelajar dan Dr. Zamri. Selepas menghadiri kuliah kedua ini, saya telah mempelajari beberapa ilmu pengetahuan yang penting. Dr. Zamri telah mendedahkan kami tentang teory Izard's Innate Facial Expression dan Emosi positif.
Izard's Innate Facial Expression telah menerangkan bahawa kewujudan emosi adalah secara semula jadi. Ini bermaksud proses pembelajaran emosi tidak memainkan peranan penting. Untuk membuktikan kebenarannya, beberapa fakta telah diberitahu. Salah satu ialah bayi-bayi yamg baru dilahir mampu memaparkan perasaan serta emosi mereka melalui gerak muka mereka. Apabila mereka sedih, mereka akan menangis.Apabila gembira pula, mereka akan senyum dengan comel. Kesemua emosi tersebut diekpresi dengan begitu semula jadi. Melalui kajian 'Born To Smile', bayi-bayi mula menunjukan kemarahan dan kekejutan dalam masa 3 atau 4 bulan. Manakala pada bulan 5 dan 6, mereka dapat mengekpresi perasaan ketakutan dan kemaluan mereka. Hal ini telah mengukuhkan fakta bahawa emosi adalah semulajadi.
Namun terdapat kajian daripada Scherer dan Wallbott, mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Kajian ini meliputi 37 negara dan 5 benua . Dalam kajian tersebut, ia telah menerangkan bahawa perbezaan emosi mereka adalah cara emosi berkenaan dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Sebagai contoh, semasa mendapati berita kematian seseorang ahli keluarganya. Ahli-ahli keluarga yang lain sudah pasti akan berasa sedih dan pedih. Tetapi bukan semuanya akan menangis. Adakah mereka tidak mencintai ahli keluarganya? Ataupun mereka tidak mempunyai rasa sedih? Sebenarnya, perasaan sedih mereka tidak dapat digambar melalui ayat-ayat. Mereka mungkin berasa sedih sehingga tidak dapat bertidur dengan lena selama beberapa minggu atau berbulan-bulan . Namun begitu, mereka mampu mengawal perasaan sedih itu daripada dipaparkan pada muka mereka.
Melalui teori "Learning and Experience Theories", ia menekankan pembelajaran tidak memainkan peranan yang penting kerana emosi adalah semulajadi. Walaupun pembelajaran emosi kurang penting, tetapi ia dapat menjejaskan cara mereka memaparkan perasaan tertentu.
Selepas didedahkan tentang Izard's Innate Facial Expression, Dr. Zamri mula mengajar Emosi positif. Emosi positif yang kami dalami termasuklah emosi gembira, bahagia dan kasih. Apakah definisi kegembiraan atau kebahagiaan? Kebahagiaan merupakan suatu emosi atau keadaan afektif yang mempunyai beberapa ciri-ciri unik yang tertentu. Antaranya termasuklah perasaan keriangan, keseronokan dan kepuasan. Oleh itu, emosi ini menjadi refleksi kepada kepentingan sejagat yang diberi perhatian penuh oleh manusia.
Terdapat beberapa pandangan falsafah yang menerangkan kegembiraan atau kebahagiaan. Aristotle menggambarkan kegembiraan sebagai sesuatu benda abstrak yang perlu dikejar dan sekiranya berjaya, seseorang individu tersebut akan mendapat keseronokan dan seterusnya kegembiraan. Plato pula menganggap hidup yang penuh dengan nilai-nilai moral dan murni sebagai punca kegembiraan. Beliau berpendapat seseorang itu hanya mampu mengecapi kebahagiaan sekiranya orang itu bermoral dalam hidupnya. Ahli falsafah Epicurean pula memberi pandangan bahawa kebahagiaan ditentukan menerusi tahap keseronokan dan tahap kesakitan. Kegembiraan boleh dicapai dengan meningkatkan keseronokan di samping mengurangkan kesakitan. Satu lagi ahli falsafah, iaitu Mills menerangkan bahawa kegembiraan merupakan kesesuaian segala sikap pada situasi tertentu. Pengamalan sikap yang betul pada keadaan yang betul akan mengurangkan masalah dan seterusnya menghasilkan perasaan kepuasan, keseronokan dan keriangan. Perasaan tersebut akan membawa kepada kebahagiaan dan kegembiraan. Senyuman pula menjadi tanda kegembiraan dan kebahagiaan yang ketara.
Kajian yang dijalankan oleh Veenhoven (1995) menunjukkan bahawa tahap kegembiraan berbeza dari sebuah negara ke negara yang lain. Diener et al (1995) dalam laporan budaya Asiannya, menyatakan bahawa masyarakat Asia adalah kurang gembira berbanding masyarakat-masyarakat lain di seluruh pelosok dunia. Kajian Argyle (1987) pula membuktikan bahawa masyarakat yang paling gembira dan bahagia di dunia adalah mereka yang tinggal di Kanada, Amerika Syarikat dan Eropah.
Konsep kegembiraan ada kaitan yang kuat dengan tahap penyesuaian diri. Kebolehan menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza akan menentukan emosi kegembiraan dan kebahagiaan yang dialami oleh seseorang individu. Individu yang lebih pandai menyesuaikan diri adalah lebih gembira berbanding dengan mereka yang mempunyai masalah penyesuaian diri dalam kehidupan. Individu yang gembira dalam hidup mereka juga merupakan individu yang mempunyai kebolehan adaptif yang tinggi. Manakala mereka yang tidak boleh menyelesaikan diri akan menghadapi masalah yang banyak sehingga mereka berasa hidupnya penuh dengan rintangan dan kesedihan. Apakah rational di sebalik fakta tersebut? Hal ini adalah kerana individu yang mempunyai tahap adaptif yang baik mampu menghadapi dan menguruskan segala masalah mereka dengan baik. Sebagai pelajar perubatan, kami seharusnya mempunyai tahap penyesuaian diri yang tinggi agar kami dapat menghadapi segala kesukaran pada masa yang datang. Kesukaran tersebut bukan sahaja terlibat dengan pembelajaran dan peperiksaan kami, ia juga merangkumi segala cabaran kami sebagai seorang doktor pada masa depan. Tanpa penyesuaian yang tinggi, seseorang pelajar akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan pengajian sepanjang lima tahun ini serta akan menghalang kejayaannya. Rim (1993) menerangkan bahawa mereka yang mempunyai strategi penyelesaian masalah yang lebih efektif akan menjadikan hidup mereka lebih seronok, riang dan memuaskan.
Kegembiraan mempunyai 2 elemen yang penting, menurut Kozma et al (1992). Elemen yang dimaksudkan adalah keadaan efektif jangka panjang (long term affective states) dan keadaan efektif jangka pendek (short term affective states). Keadaan efektif jangka panjang boleh didefinisikan sebagai latar belakang emosi yang stabil dan berterusan untuk suatu jangka yang panjang yang meliputi zaman kanak-kanak sehingga hari ini. Keadaan afektif jangka rendah pula merujuk kepada pengalaman dalam kejadian yang berlaku pada baru-baru ini. Kegembiraan adalah hasil akhir campuran kedua-dua elemen ini. Frued menyatakan bahawa hubungan kami dengan ibu bapa kami semasa muda adalah penentu penting kepada penyesuaian diri dan kebahagiaan pada masa akan datang.
Kegembiraan juga ada kaitannya dengan perkahwinaan. Kedua-dua pihak dalam satu pasangan mendapat banyak kepuasan dan kegembiraan, mengikut Vanfossen (1981). Orang yang telah berkahwin juga adalah lebih gembira berbanding mereka yang bujang. Fakta ini dibuktikan oleh kajian Veroff et al (1981). Contohnya, bagi mereka yang bujang, mereka selalu menghabiskan masa mereka berseorangan. Walaupun mereka mempunyai kawan yang banyak, namun mereka tetap tidak mempunyai seseorang yang boleh dikongsi perasaan dan saling menjaga sesama sendiri. Manakala mereka yang telah berkahwin, mereka dapat berkongsi segala kegembiraan dan kesedihan dengan pasangannya. Mereka juga dapat menghabiskan kebanyakan masa bersama-sama. Segala detik-detik manis dan pahit akan mereka melalui bersama-sama. Argyle (1987) pula berpendapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi kegembiraan termasuklah kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan penghayatan agama (religiosity).
Sebelum saya mengakhirkan ayat tamat saya, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan saya supaya mereka mengingati bahawa kegembiraan dan kebahagian selalu disisinya. Hidup dengan gembira adalah lebih baik daripada hidup yang penuh dengan kepahitan.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment