Nur Anis Amanina Binti Rumzi LJ02 A131862 Kebahagiaan Dalam Diri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya, dapat juga saya menyiapkan jurnal kedua saya ini. Pada 3/8/2011, saya telah megikuti kuliah Pengurusan Emosi yang berkaitan dengan Izard's Innate facial expression dan juga Learning Theory. Selain itu, Dr Zamri juga mengajar kami tentang satu lagi kuliah iaitu kuliah yang berkaitan dengan Emosi Positif.
Melalui Izard's Innate Facial Expression, baru saya ketahui bahawa manusia sewaktu dilahirkan sudah dapat mengekspreskan emosi walaupun hanya beberapa emosi sahaja seperti marah, malu, takut dan terkejut. Carroll Ellis Izard mengatakan emosi adalah sesuatu yang semula jadi dan pengalaman dalam kehidupan dan juga pembelajaran adalah salah satu perkara yang memberi sedikit sebanyak impak kepada emosi yang dirasai dan diekspreskan oleh seseorang individu tersebut. 2 kajian yang telah menyokong teori Izard ialah kajian terhadap bayi yang baharu lahir serta kajian silang budaya.
Melalui kajian yang dilakukan terhadap bayi yang baharu lahir, ia telah dibuktikan bahawa wujudnya ekspresi sesuatu emosi pada saat bayi telah dilahirkan contohnya kemarahan & kejutan oleh bayi yang berusia 3 atau 4 bulan ,malu dan takut oleh bayi yang berusia 5 atau 6 bulan, perasaan berpuas hati diekspreskan pada umur 1 tahun manakala rasa bersalah pula dapat diungkapkan pada awal umur 2 tahun.
Dalam kajian silang budaya pula, Ekman telah melakukan kajian di beberapa buah negara iaitu di United States, Brazil, Chile, Argentina dan juga Jepun. Dalam kajian yang dilakukan, Ekman telah menunjukkan beberapa keping gambar kepada peserta untuk mereka mengenal pasti tentang emosi yang ditonjolkan oleh manusia dalam gambar-gambar tersebut. Hasil kajian tersebut, Ekman mendapati bahawa terdapat persamaan pemikiran antara 5 budaya yang berbeza. Selain itu, Ekman juga telah melakukan beberapa lagi kajian yang sama di Borneo dan New Guinea mengunakan kaedah analisis berkomputer foto muka, dan kajian tersebut tetap membuahkan hasil yang sama seperti kajian yang sebelumnya. Selain itu, Scherer dan Walbott juga telah melakukan kajian itu meyokong teori Carroll Ellis Izard. Mereka telah melakukan kajian terhadap peserta di 37 buah negara dan 5 buah benua. Melalui kajian yang dilakukan, mereka membuat kesimpulan bahawa terdapat bukti yang konsisten untuk kestabilan silang budaya corak tindak balas emosi. Melalui kajian yang dilakukan, mereka dapati bahawa Wajah gembira lebih dominan dikenapasti dari wajah takut iaitu sebanyak 95 – 100% berbanding wajah takut iaitu sebanyak 54-85%. Namun begitu, mereka juga dapati terdapat perbezaan dari segi bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan antara budaya-budaya tersebut. Walau bagaimanapun, dapat disimpulkan bahawa ekspresi semula jadi boleh diubah suai ke tahap yang tertentu oleh pengalaman budaya masing-masing.
Dalam Learning Theory, terdapat 2 pandangan yang dikeutarakan iaitu pandangan biologi berdasarkan pengalaman dan juga teori pembelajaran berdasarkan pengalaman. Melalui pandangan biologi berdasarkan pengalaman, Plutchik mengatakan bahawa emosi ialah ekspresi secara langsung oleh potensi genetik oleh seseorang individu tersebut manakala pembelajaran pula bertindak untuk mengubah suai emosi tersebut. Matsumoto telah melakukan kajian tentang ekspresi dan intensiti sesebuah ekspresi terhadap Caucasian, Africa American, Asian dan juga Hispanics, dan beliau dapati bahawa emosi asas adalah sama tetapi perbezaan yang sedikit dalam ekspresi sesebuah emosi itu adalah berbeza antara budaya tersebut. Selain itu, Izard pula mengatakan bahawa setiap emosi mendedahkan bayi kepada ciri-ciri tertentu sesebuah persekitaran dan juga memudahkan pembelajaran. Beliau juga mengatakan bahawa emosi juga wujud ketika umur beberapa bulan dalam kehidupan seorang manusia yang menentukan tingkah laku seorang bayi tersebut. Tambahan pula, emosi semula jadi akan menjadi lebih terperinci melaui pengalaman dan pembelajaran dari semasa ke semasa. Manakala mengikut teori pembelajaran berdasarkan pengalaman, beberapa pihak menagatakan bahawa emosi didapati melalui pembelajaran. Melalui kajian yang dilakukan oleh Miller keatas tikus, beliau dapati bahawa tikus tersebut mempelajari tentang emosi dan kemudian baharu mengekspreskannya. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Albert, beliau juga menyimpulkan bahawa emosi seperti takut boleh didapati melalui pembelajaran.
Dalam kuliah kedua pula, emosi positif yang yang ditunjukkan seperti gembira, bahagia dan juga kasih. Kegembiraan ini dapat didefinisikan sebagai emosi yang mengambarkan perasaan keseronokan, senang hati dan puas hati. Namun begitu, terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengenai erti kegembiraan ini. Mengikut Aristotle, kegembiraan dapat didefinisikan sebagai kejayaan dalam mencapai kesenangan yang diimpikan. Manakala, Plato pula mengatakan sember kegembiraan ialah kehidupan yang baik yang dilalui oleh seseorang individu. Selain itu, Epicurean pula mendefinisikan kegembiraan sebagai memaksimumkan keseronokan dan meminimumkan kesedihan atau kesakitan. Mills pula mengatakan kegembiraan bermaksud kesesuaian dalam kesemua tingkah laku yang ditunjukkan.
Pada pendapat saya, kegembiraan dapat diperolehi melalui pelbagai aspek. Bagi sesetengah pihak, duit adalah sumber kebahagian mereka. Dengan duit, mereka boleh membeli-belah untuk mengurangkan segala kesedihan dan juga kesusahan yang melanda. Duit juga boleh digunakan untuk membelanja keluarga mahupun sahabat seperti menonton wayang atau bermain bowling. Bagi mereka, apabila orang yang dibelanja itu gembira, mereka jua akan turut gembira. Namun begitu, terdapat juga manusia yang menjadiakn kecantikan bagi perempuan manakala ketampanan ataupun kegagahan bagi lelaki sebagai punca mereka bahagia. Orang seperti ini lazimnya mencapai atau merasai kebahagiaan mereka taktala mereka disanjung atau mendapat populariti dek kerana kecantikan atau ketampanan mereka.
Semasa kuliah dijalankan, Dr. Zamri ada bertanya kepada kami tentang adakah keadaan yang gembira yang menjadikan seseorang itu gembira atau orang yang gembira yang menjadikan sesuatu keadaan itu gembira? Bagi saya, dua-dua memainkan peranan yang penting. Andai kata, jika kita gembira, tetapi keadaan sekeliling tidak seperti perasaan kita, contohnya kita seronok mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan manakala sahabat-sahabat kita sedih mendapat keputusan yang tidak berapa elok dalam peperiksaan merka, bolehkah kita mengharapkan keadaan sekeliling kita untuk merasai bahagia seperti yang kita rasakan? Tentunya, tidak. Atau situasi lain, semua sahabat kita seronok hendak memasuki Tahun Kedua Perubatan manakala kita yang tidak bernasib baik, terpaksa mengulang balik Tahun Satu. Dalam situasi ini, adakah keadaan sekeliling kita yang gembira dan seronok dapat menpengaruhi kita untuk turut merasai kegembiraan yang mereka rasa? Sudah tentu, tidak. Oleh itu, sememangnya keadaan yang gembira dan orang gembira itu saling berkait rapat antara satu sama lain
Bagi saya, kegembiraan yang nyata ialah apabila kita bersama dengan orang yang paling kita sayangi seperti keluarga mahupun sahabat. Kekasih? Mungkin tidak. Apabila kita dapat melihat senyuman ahli keluarga kita, saya pasti kita juga mampu tersenyum dan gembira tanpa sebarang sebab yang munasabah. Kegembiraan yang bermula dari rumah bersama keluarga bagi saya adalah titik permulaan kepada mencapai kebahagiaan disekeliling kita. Contohnya, melalui perhubungan yang kuat antara kita dan keluarga yang sering menyokong kita tidak kira masa dan tempat, kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan, contohnya kita akan rasa lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya dalam bidang perubatab yang kita ceburi. Hasilnya, Insya-Allah, kita akan berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan iaitu menjadi doktor yang baik bukan sahaja utuk di sendiri, malah untuk keluarga, masyarakat dan juga negara. Bagi saya, dengan hanya berbual dengan kelurga atau menatap foto mereka sudah memadai untuk mengurangkan segala kesihan yang dilalui dan merasai kebahagiaan secara maksima. Selain tiu, mempunyai sahabat yang sentiasa bersama disisi kita tidak kira senang atau susah juga dapt membuahkan sesuatu kebahagiaan. Jika kita cuma ada sahabat sewaktu kita gembira, kita tidak akan ada sahabat untuk mengembirakan kita sewaktu kita sedih. Sahabat umpama keluarga kedua kita selepas ahli keluarga kita sendiri. Dengan sahabat segala perkara yang sukar dan sedih, pasti boleh menjadikan sesuatu kejadian atau peristiwa itu menarik , indah dan gembira,
Dapat disimpulkan bahawa, emosi dan perasaan itu dapat kita lihat sewaktu kita masih bayi lagi dan kita boleh merasai pelbagai emosi apabila kita meningkat dewasa. Selain itu, kita juga pasti dapat mengawal dan mengekspreskan emosi melalui pengalaman dan pembelajaran dari semasa ke semasa. Emosi positif pula boleh dirasai atau dicapai melalui pelbagai cara dan emosi positif juga boleh memotivasikan diri kita menjadikan kehidupan kita lebih ceria, gembira dan juga bermakna.
No comments:
Post a Comment