Tuesday, August 9, 2011

A131707 Low Pui Ching, Patricia LJ01 The Reason Why I Smile


Selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan yang kini juga merupakan pelajar-pelajar perubatan tahun kedua. Pertama sekali, terima kasih kerana meluangkan masa membaca jurnal yang kedua saya tentang pengurusan emosi yang membincangkan tentang struktur dan ekspresi emosi secara mendalam. Seperti yang rakan-rakan tahu, saya akan membincangkan tentang ilmu yang telah yang pelajari dalam kuliah Dr. Zamri pada 3 Ogos 2011. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana beliau telah memberikan banyak informasi yang menarik bersertakan video-video yang amat menyeronokkan dan juga, saya amat menyukai kuiz yang beliau telah berikan.

Dalam jurnal ini, saya akan membincangkan memperkenalkan tajuk ini dengan pendahuluan yang ringkas, isu-isu yang telah dibincangkan dalam kuliah, teori-teori yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar dan kesimpulan saya tentang semuanya.

Pendahuluan

Hanya beberapa jenis emosi boleh dikategorikan sebagai emosi asas(primary emotion) dalam sifat semula manusia. Semua emosi ini adalah sama biarpun di mana-mana kerana ekpresi emosi tidak berkaitan dengan kebudayaan masyarakat. Terdapat dua teori besar iaitu "Evolutionary Theory" dan "Learning Theory."

Isu-isu dan teori-teori yang diperkenalkan

"Darwin's basic theory of emotion" merupakan salah satu teori yang dikenali ramai sejak pengenalannya dalam abad ke-19. Teori evolusi ini telah digunakan dalam pembelajaran bidang komunikasi. Charles Darwin mangatakan bahawa ekspresi emosi dalam manusia dan binatang telah mengalami perubahan mengikut masa. Beliau juga mempercayai bahawa manusia dan binatang mempunyai persamaan dalam perluahan emosi disebabkan olen ekspresi muka. Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals" telah membincangkan tentang genetik yang merupakan pembentukan asas dalam perlakuan benda hidup. Beliau telah membahagikan bukunya kepada beberapa bahagian mengikut prinsip-prinsip asas emosi dan telah mengetahui bahawa emosi adalah sesuatu yang amat universal kerana semua jenis masyarakat mempunyai persepsi yang sama dalam ekspresi yang telah ditunjukkan.

Seterusnya, isu yang telah dikatakan ialah kebaikan dan keburukan dalam "Primary emotion." Antara kebaikannya ialah "Nervous system" dan "Neural Struture" mampu memupuk beberapa emosi dan mempunyai 3 ciri-ciri iaitu, "innate neural subtrates", ""universal, crossing all cultures" and "unique feeling states." Keburukannya pula ialah ada sesetengah pihak mempercayai bahawa emosi dibina daripada elemen-elemen asas dan maka, mereka kata bahawa tiada wujudnya "primary emosi." Contohya, kegembiraan iaitu "happiness" dibina daripada 3 unsur dan "anxiety" daripada 4 unsur.

Jadi, apakah sebenarnya "Primary Emotion"? Emosi merupakan reaksi daripada suatu perubahan. Contohya, seseorang yang lambat datang untuk mesyuarat akan membuatkan orang lain marah dan tidak puas hati. Emosi-emosi yang dirasai inilah yang dikatakan sebagai "primary emotion" kerana emosi ini dirasai sebaik sahaja ia berlaku. "Primary emotion" adalah "fast-reacting" dan penting kerana ia memberitahu kita tentang informasi terbaru mengenai satu situasi dan akan memotivasikan kita untuk membuat sesuatu sebagai akibat daripada emosi yang dirasai.

Seterusnya, saya akan membincangkan tentang "Plutchik's primary emotion theory." Beliau mempercayai bahawa terdapat 8 emosi asas iaitu "anger", "fear", "sadness", "disgust", "surprise", "anticipation", "trust" and "joy." Bagi beliau, emosi boleh dibahagikan kepada 3 bahasa yang dikenali sebagai "Subjective Language", "Behavioral Language", and "Functional Language."  "Subjective Language" ialah bahasa yang mempunyai pendapat(opinionated language). Contoh yang telah diberikan dalam kuliah ialah takut, sedih dan gembira. "Behavioral Language" pula ialah bahasa yang disusuli daripada emosi yang dihadapi. Contoh yang diberikan ialah air mata dihasilkan daripada perasaan gembira ataupun sedih. "Functional Language" yang dikatakan dalam perkataan dasarnya "function" iaitu fungsi bermakna fungsi ataupun perana emosi. Contoh yang telah diberikan ialah apabila seseorang berasa marah, dia akan dimotivasikan dan mempunyai kayakinan dalam dirinya untuk melakukan sesuatu dengan lebih berjaya. Beliau juga mengatakan bahawa emosi boleh dipandang daripada sudut yang berlainan iaitu dalam 4 pasangan polar yang bertentangan. Emosi yang bertentangan secara berpasangan ialah "joy/sadness", "trust/disgust", "fear/anger" dan "surprise/anticipation." Plutchik juga berpendapat bahawa emosi boleh dibahagikan kepada 3 dimensi iaitu kedalaman(intensity), persamaan(similarity) dan kekutuban(polarity).  Beliau juga telah memperkenalkan "The Wheel of Emotions" seperti yang ditunjukkan di bawah:

 

Teori yang seterusnya yang akan dibincangkan ialah "Tomkin's Facial Feedback Theory." Menurut Tomkins, pengalaman emosi diakibatkan daripada respon otot-otot yang diaktifkan dalam muka. Muka ekspresi juga dapat merangsangkan emosi yang berlainan. Satu experimen yang dijalankan ialah penyebutan huruf-huruf seperti "u" dan "o." Hasil daripada kajian ini adalah peserta-peserta berasa lebih negative apabila menyebut "u" kerana suhu badan mereka akan meningkat manakala apabile mereka menyebut "o", mereka berasa lebih positif. Jadi, beliau juga percaya bahawa senyuman dapat memberikan aura yang positif. Kajian-kajian yang telah menyokong teori ini ialah "Hess's Study" dan "Zajonc's Study." Terdapat beratus-ratus ekspresi muka yang boleh dibezakan dalam muka orang dalam satu hari. Walaupun adanya perbezaan yang tidak nyata sangat dalm semua ekspresi, kita tidak dapat menamakan semuanya kerana jika ia dilakukan, semua reaksi akan bercanggahan. Otot-otot memang memainkan peranan dalam memberikan satu signal emosi. Walaupun demikian, terdapat juga pihak yang tidak menyokong teori ini. Contoh yang diberikan ialah, respon senyuman tidak semestinya diberikan ketika kita berasa gembira. Dalam kata lain, ekspresi muka tidak hanya bergantung pada emosi kita kerana ia boleh dikawal.

upper face components of emotional expressions

Topik yang akan dibincangkan seterusnya ialah "Izard's Innate facial expression." Teori ini menyokong teori yang dikemukakan oleh Darwin.  Izard merupakan seorang ahli psikologi yang telah menyumbang kepada idea "Differential Emotions Theory." Beliau  mengatakan bahawa respon daripada ekspresi muka mempunyai fungsi yang berlainan yang menyebabkan emosi yang lain ditunjukkan daripada emosi yang sebenarnya dialami oleh seseorang individu. Contoh yang diberikan dalam kuliah ialah seseorang bayi yang senyum todak menjaminkan bahawa bayi itu adalah gembira dan hasil daripadanya adalah sama biarpun di mana-mana dalam muka bumi ini.

Selain daripada itu, saya juga akan membincangkan tentang teori pembelajaran dan pengalaman. Dalam sudut biologi, pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Plutchik pula mengatakan emosi adalah ekspressi yang "direct" dalam potensi genetic dalam seseorang individu dan pembelajaran pula menolong membaikinya. Matsumoto pula mengatakan bahawa emosi dan intensity emosi dalam orang putih, orang Africa Amerika, orang Asia dan orang Hispanik adalah sama dalam asasnya tetapi perbezaannya terdapat dalam ekspressi yang diberikan. Bagi Izard pula, setiap emosi akan member rangsangan kepada bayi kepada sesuatu sifat dalam keadaan di sekelilingnya yang alan membantu dalam pembelajaran. Emosi yang timbul daripada beberapa bulan yang pertama akan memberi kesan kepada perlakuan bayi. Sifat emosi-emosi pula menjadi sesuatu yang hanya dapat dipelajari secara individu.Situasi yang merangsangkan suatu emosi diekpresskan ialah "activators." Proses kognitif pula adalah berlainan begi setiap orang dan contoh yang diberikan ialah semasa mengadakan quiz. Emosi adalah semula jadi. Ekspressu dan perangsangnya boleh diakibatkan daripada pembelajaran dan emosi. Dalam sudut pembelajaran teori pula, semua emosi akan dipelajari dan boleh diaplikasikan dalam beberapa kajian seperti dalam "Miller's study", ketakutan dikatakan tiada asasnya. Contoh yang diberikan ialah tikus-tikus yang diberi kejutan elektrik dan hasilnya, tikus-tikus mempunyai emosi. Kajian yang lain seperti "Albert's study" menunjukkan bahawa manusia boleh memiliki ketakutan dalam proses pembelajaran. Ketakutan dipercayai adalah dipelajari dan dalam pandangan genetic, manusia sememangnya adalah lebih bersedia dalam belajar berasa takut jika dibandingkan dengan emosi yang lain.

Kesimpulan saya

Dalam kuliah ini, saya telah mempelajari tentang banyak perkara dan juga telah mendapat ilham yang amat berguna. Sebelum menghadiri kuliah ini, saya tidak mengetahui bahawa ekpressi muka sememangnya amat penting dan kegunaannya memang tidak dapat dinafikan dalam kehidupan seharian kita. Walaupun, sesetengah orang menggunakannya dengan cara yang tidak sepatutnya , semua pengalaman tersebut seharusnya diambil dan dijadikan sebagai proses pembelajaran. Dari hari, kita semua seharusnya tahu mengaplikasikan ekspressi muka untuk kebaikan dan bukannya untuk kepentingan diri dan keburukan orang lain. Biarlah kita menggunakan ekpressi muka kita untuk menunjukkan kesucian dalam keperibadian kita sendiri. Seperti yang dikatakan oleh seorang ahli sasterawan yang terkenal, Walt Whitman, "Simplicity is the glory of expression." Dengan itu, izinkan saya mengakhiri jurnal saya dengan sebuah music video yang dimainkan oleh Avril Lavigne iaitu "Smile" (senyuman) yang saya rasa amat bersesuaian dengan tajuk jurnal saya.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment