Tuesday, August 9, 2011

A131812 Loi Su Wei LJ02

Salam sejahtera. Jurnal ini adalah berkaitan dengan kuliah kursus ZT2253 yang diadakan pada hari rabu yang lepas. Tajuk untuk kuliah ini ialah sambungan tajuk yang lepas, iaitu "Izard's Innate facial expression", "Learning and Experience Theories" dan "Emosi positif". Selain daripada tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam kuliah ini, terdapat juga kuiz-kuiz yang berkaitan dengan tajuk minggu lepas supaya kami boleh imbas kembali tentang isu-isu yang dipelajari. Tajuk kuliah ini iaitu emosi positif memberi banyak manfaat kepada saya terutamanya faktor-faktor yang saya perlu fokus dan kendalikan untuk mengekalkan emosi positif saya. Ilmu yang dipelajari boleh saya mengaplikasikan dalam kehidupan saya pada masa depan.

Dalam topic pertama, Izard's Innate facial expression merupakan sistem saraf mekanisme untuk ekspresi muka dan persepsi muka ini adalah secara semula jadi. Terdapat dua kajian untuk expresi muka, iaitu "born to smile" kajian dan kajian silang budaya. Dalam kajian "born to smile", semua bayi menunjukkan expresi emosi selepas kelahirannya. Pada umur 3 atau 4 bulan, expresi kemarahan dan kejutan akan wujud manakala expresi kemaluan dan ketakutan akan wujud pada bulan kelima dan keenam. Expresi kepuasan akan ditunjukkan dalam masa setahun dan expresi bersalah pada awal tahun kedua. Melalui ini, saya baru mendapati seorang bayi akan menunjukkan pelbagai jenis expresi emosi walaupun hanya beberapa bulan selepas dilahirkan. Tetapi, bukannya semua bayi yang menunjukkan senyuman pada muka mereka adalah kerana kegembiraan mereka. Pada pendapat saya, senyuman mereka adalah salah satu cara komunikasi mereka dengan orang sekeliling atau untuk menunjukkan sesetengah perasaan yang belum dapat ditunjukkan secara betul selain daripada perasaan gembira.

Kajian kedua ialah kajian silang budaya. Kajian ini dilakukan oleh Paul Ekman di Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina, dan Jepun. Beliau menunjukkan gambar-gambar kepada responden dan mereka dikehendaki menerangkan emosi yang ditunjukkan dalam gambar-gambar tersebut. Walaubagaimanapun, beliau dikritik bahawa kajian ini hanya untuk masyarakat yang terpelajar. Sebab itu, beliau menjalankan beberapa kajian lagi di Borneo dan New Guinea. Akhirnya, keputusan dikesahkan. Beliau mengesahkan bahawa ekspresi emosi bukannya secara semula jadi tetapi diubah suai oleh pengalaman budaya. Selain itu, beliau juga menyokong kesejagatan mimic muka dengan emosi. Kajian-kajian tersebut telah mengaplikasikan analisis computer untuk gambar-gambar wajah yang ditunjukkan. Wajah gembira adalah lebih dominan untuk dikenalpasti daripada wajah takut. Selain daripada itu, Schere & Wallbott meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.

Dalam "Learning and Experience Theories",  terdapay dua kaedah iaitu biological view dan learning theory view of experience. Dalam biological view of experience, pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Plutchik mengatakan bahawa emosi merupakan expresi genetik seseorang individu yang diubah suai oleh pembelajaran. Bagi Matsumoto, emosi yang asas adalah sama. Menurut Izard, emosi muncul dalam beberapa bulan yang pertama untuk mempengaruhi tingkah laku bayi. Ekspresi emosi ini berlaku disebabkan oleh stimuli dari sekeliling. Antara stimuli ialah hantu, anjing, ketinggian dan lipas. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai stimuli berbeza yang menakutkan. Contohnya, sesetengah orang berasa fobia terhadap anjing dan menganggap anjing sebagai benda yang menakutkan. Sebaliknya, terdapat juga orang yang sangat suka akan anjing dan memeliharanya dengan kasih sayang. Jadi, emosi adalah secara semula jadi, tetapi ekspresi emosi dipengaruhi oleh pembelajaran. Dalam learning theory view of experience, semua emosi boleh dipelajari.

Bagi topic kedua, iaitu emosi positif, merupakan perasaan gembira, bahagia, dan kasih sayang. Kegembiraan merupakan emosi yang dikategorikan dengan perasaan keseronokan, kegembiraan dan kepuasan. Menurut pandangan falsafah, Aristotle mendefinisikan kegembiraan sebagai kejayaan dalam mencapai keseronokan. Plato pula mengatakan kehidupan yang baik merupakan sumber kegembiraan. Menurut Epicurean, kegembiraan adalah keseronokan yang dipanjangkan dan kesakitan yang dikurangkan. Sebaliknya, menurut Mills, kegembiraan ialah tingkah laku yang sesuai. Kajian silang budaya oleh Veenhoven menunjukkan kegembiraan berbeza antara negara yang berlainan. Mengikut Diener, Asian mempunyai lebih kurang kegembiraan berbanding dengan orang lain. Argyle membuktikan bahawa orang di North America, Australia dan Europe adalah yang paling gembira. Bagi tahap kegembiraan, Rim mengatakan bahawa seseorang boleh berasa gembira dengan menyesuaikan diri sendiri dalam suatu situasi secara lebih mudah. Melalui cara ini, mereka dapat menyelesaikan masalah mereka dengan mudah sekali.  Saya setuju sangat terhadap fakta Rim, iaitu orang yang mempunyai strategi yang efektif dalam menyelesaikan masalah akan berasa lebih gembira.  

Seterusnya, menurut Kozma, kegembiraan dibahagikan kepada dua komponen, iaitu long term affective states and short term affective states. Dalam long term affective states, kegembiraan yang berpanjangan ialah latar belakang yang menjadikan emosi yang stabil dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya, dalam short term affective states, iaitu kegembiraan dalam jangka masa yang pendek berlaku disebabkan oleh perkara yang baru berlaku. Contohnya, kelahiran anak, naik gaji, dan lulus dalam peperiksaan. Akhirnya, kegembiraan meliputi kegembiraan dalam jangka masa yang panjang dan juga pendek. Menurut Freud, hubungan kita dengan ibu bapa sejak kecil memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kegembiraan kita pada masa depan.

Selain daripada itu, menurut Veroff, kegembiraan akan wujud dalam lelaki dan perempuan yang telah berkahwin. Biasanya, orang yang berkahwin adalah lebih gembira daripada orang yang tunggal.

            Pada masa yang sama, faktor agama juga mempengaruhi kegembiraan seseorang. Orang yang beragama mencapai kegembiraan dengan lebih mudah dan mengalami tekanan yang lebih rendah. Dalam bukti pertama, kajian yang dijalankan oleh Gallup, the National Opinion Research Centre and the Pew Organisation membawa konklusi bahawa orang yang rohani adalah lebih gembira daripada orang yang tidak berapa rohani dalam jiwa mereka. Bukti kedua menujukkan orang yang beragama mempunyai risiko yang lebih rendah dalam mencapai kemurungan, penyalahgunaan dadah, dan bunuh diri. Tinggi keyakinan diri, risiko darah tinggi yang rendah, kesihatan mental, aktualisasi diri yang tinggi, dan kesihatan fisikal telah ditunjukkan dalam bukti-bukti yang lain bagi orang yang beragama. Sebenarnya, tahap kegembiraan dan tahap keagamaan adalah tidak berkaitan. Walaubagaimanapun, ahli sosialogi mempercayai bahawa kenyataan ini boleh membentuk masyarakat yang lebih sihat.

            Kesimpulannya, emosi positif iaitu kegembiraan, kebahagian, dan kasih sayang akan wujud apabila kita mencapai kepuasan dan keseronokan atas sesuatu perkara sama ada kegembiraan jangka masa panjang atau kegembiraan jangka masa pendek. Faktor-faktor seperti keagamma, keluarga, perkahwinan dan sbagainya akan mempengaruhi tahap kegembiraan kita. Oleh itu, kita harus mengendalikan faktor-faktor tersebut dengan teliti supaya emosi positif kita dapat dikekalkan.

            Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment