Tuesday, August 9, 2011

A131878 Fong Shi Ying LJ02

Pada rabu yang lepas, 3 Ogos 2011, saya telah menghadiri kuliah ZT yang ketiga, iaitu Emosi Positif dan Negatif. Sebelum kuliah dimulakan, kita telah ditunjukkan satu video iaitu 'You came to me'.  Nilai yang saya pelajari dari lagu ini adalah kita harus menyerahkan diri kepada agama masing-masing apabila kita merintangi lumrah kehidupan dan agama akan memberi galakan dan dorongan kepada kita agar mengharungi semua rintangan dengan emosi positif. Berbalik kepada isi kuliah, kuliah ini menyambung sedikit tajuk minggu yang lepas, iaitu "Izard Innate Facial Expression". 

Teori "Izard Innate Facial Expression'' ini mengatakan bahawa ekspresi muka kita adalah kebolehan semula jadi. Ini bermaksud bahawa perasaan kita dapat ditunjukkan dalam pelbagai emosi tanpa diajar. Untuk membuktikan ini, dua kajian telah diadakan iaitu, Newborn's 'born to smile' studies dan Cross-cultural studies. Untuk Newborn's 'born to smile' studies, contohnya ialah bayi yang baru berumur bpeberaa bulan sudah berkemampuan untuk bersenyum dan menangis untuk menunjukkan emosinya dan tingkah lakunya tanpa diajar oleh ibu atau bapa pun. Sebagai contohnya, apabila emak bayi itu menninggalkan bayi itu, dia akan berasa takut dan menangis untuk menunjukkan perasaan ketakutannya. Sebaliknya, jika bayi itu diberi alat permainan seperti anak patung, dia akan ketawa sebab dia berasa gembira. Ini merupakan contoh terbaik untuk membukti bahawa emosi dilahirkan secara semulajadi.

Untuk Cross- cultural studies, kajian telah dijalankan oleh Ekman di negara-negara seperti US, Brazil, Chile, Argentina dan Jepun. Kajian ini dijalankan untuk mendapat persefahaman semua orang di tempat yang berbeza tentang emosi yang ditunjukkan dari muka dan membincangkan perbezaannya. Kesimpulannya adalah kebanyakan emosi mendapat persetujuan yang serentak walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam persefahaman antara bangsa negara lain. Ini membuktikan bahawa emosi ini adalah berasal dari dalam manusia ini dan mempunyai ekspresi emosi yang sama walaupun berbeza bangsa. Ini adalah kerana . emosi bukan hanya datang secara semulajadi, emosi juga dapat diubah melalui kebudayaan Kajian ini membuktikan bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.

Selain itu, kita juga didedahkan dengan  ' learning dan experience theories' theory, iaitu teori pembelajaran dan pengalaman. Teori ini terdapat dua kaedah yang berbeza iaitu pengalaman melalui pandangan biologi dan melalui pengalaman dari pandangan pembelajaran. Teori ini menjelaskan bagaimana emosi kita dipengaruhi oleh pembelajaran dan pengalaman kehidupan kita. Teori pembelajaran ini mengatakan walaupun emosi itu dilahirkan secara semula jadi, ekspresi emosi boleh diajar dan dipaparkan dalam cara yang berbeza. Namun demikian, Menurut pandangan biologi, cara pembelajaran hanya memberi kesan yang sedikit kepada emosi. Manakala Teori pengalaman mengulaskan emosi boleh dipengaruhi oleh pengalaman kita sendiri. Kajian Albert menjelas bahawa perasaan takut dilahirkan semasa mereka menjalankan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, saya tidak takut lipas sebelum ini. Namun, pada suatu hari, semasa saya menikmati makan malam di cafĂ©, saya mendapati bahawa terdapat lipas yang masih bernyawa dalam nasi goring saya dan saya nyaris makannya. Saya terus menjerit dan melompat ke atas kerusi. Sejak hari itu, saya amat takut akan lipas dan apabila saya ternampak lipas tanpa mengira saiznya di mana-mana sahaja, saya akan menjerit disebabkan ketakutan. Selepas ini, kita telah diberi quiz yang berkaitan dengan kuliah yang sebelum ini..

Seterusnya, kuliah diteruskan dengan Emosi Positif: Gembira, Bahagia, dan Kasih. Dalam emosi positif, kami belajar tentang kegembiraan dan kebahagiaan. Seterusnya, menurut Kozma kegembiraan mempunyai dua komponen iaitu "long term affective states" dan Short term effective states''.  "long term effective states'', iaitu kesan jangka panjang bergantung kepada keadaan dan persekitaran seseorang dilahirkan dan dibesarkan. Kesan jangka panjang adalah lebih penting dalam pengaruhan emosi seseorang itu. Ini adalah kerana latar belakang seseorang itu amat penting dalam membentuk peribadinya dan seterusnya pemikiran dan cara dia mengalami kehidupannya. Jika seseorang itu dilahirkan di keluarga yang kaya, dan mendapat kasih saying yang sepenuh daripada ibu bapanya, dia akan selalu gembira dan bersikap positif. Tentunya dia akan berasa amat bahagia berbanding dengan orang lain. Untuk "short term affective states" atau kesan jangka pendek pula, ia akan bergantung kepada pengalaman kehidupan kita sendiri. Ini boleh disebabkan oleh sesuatu perkara yang minor. Sebagai contohnya, seseorang itu mendapat cabutan bertuah dan mendapat hadiah yang lumayan, tentunya dia akan berasa sangat gembira dan berasa amat bahagia.

Dalam kuliah, kami juga diterangkan tentang hubungan antara penghayatan agama dan kebahagiaan. Secara umumnya, orang yang beragama lebih mudah berasa bahagia berbanding dengan mereka yang tidak beragama.  kajian yang dijalankan oleh Gollup telah membuktikan penyataan in. antaranya ialah  National Opinion Research Centre and The Pew organization. Kesimpulannya adalah bahawa dua kali ganda gologan yang beragama akan berasa lebih gembira dan bahagia berbanding dengan mereka yang tidak beragama. Fakta seterusnya yang boleh menbuktikannya ialah melalui analisis yang dilakukan bagi 200 pembelajaran social. Analisisnya ialah orang yang beragama dapat mengawal nafsu mereka dengan baik kurang melibatkan diri dalam jenayah,  penyalahgunaan dadah dan kes bunuh diri. Di sebaliknya, mereka ialah gologan yang sentiasa berasa ceria dan berpuas dengan apa yang mereka ada dan mereka amat bermotivasi dalam kehidupan mereka. Namun demikian, hubungan di antara kegembiraan dengan agama masih tidak dapat dijelaskan dengan sebenarnya oleh pihak tertentu lagi. Tetapi teori ini amat disokongi kerana mereka mendapati teori ini dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat kita dengan mengurangkan jenayah dan mengingkatkan kualiti kehidupan orang ramai.

Pada pendapat saya, kebahagiaan boleh dikatakan sebagai satu matlamat hidup umum orang ramai sedangkan setiap orang sentiasa berusaha dan mencuba sedaya upaya untuk mendapat kebahagiaan. Kebahagiaan ini amatklah abstrak dan berbeza antara satu sama lain bergantung kepada principle dan matlamat seseorang itu. Namun, bagi saya, kebahagiaan itu bukanlah bergantung kepada status dan kekayaan tetapi berkait rapat dengan keperibadian seseorang itu. Kebahagiaan itu bukanlah tentang apa yang kita dapati dan miliki tetapi lebih kepada macam mana kita menghargainya. Jika kita selalu bersikap positif dan menghargai apa yang kita miliki, kita akan berasa bahagia sentiasa.

Kesimpulannya, saya berasa amat gembira dan bersyukur selepas menghadiri kuliah ini kerana saya telah mendapat banyak manfaat daripadanya. Pemahamam saya terhapat kebahagiaan ditingkatkan. Sekiranya kita dapat menghargai apa-apa yang kita ada, kita akan berasa amat gembira dan bahagia. Namun, tahap kebahagiaan ini berbeza antara satu sama lain. Tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. Asalkan kita memberi usaha yang sepenuhnya dan tidak terlalu melampau, kita akan mendapat kebahagiaan pada satu hari juga. 

No comments:

Post a Comment