Tuesday, August 9, 2011

A131621 TAN YUET YANG LJ02

Selamat sejathera dan salam 1 Malaysia. Dalam kuliah kedua ini yang diadakan  pada 3 Ogos yang lepas, pukul 2 hingga 5 petang, bertempat di dewan kuliah 1 ,Universiti Kebangasaan Malaysia kampus Kuala Lumpur, saya telah didedahkan dan diajar tentang teori " Izard's Innate Facial Expression"  yang menerangkan tentang struktur dan ekspresi emosi. Teori ini telah menyatakan bahawa emosi adalah sesuatu yang berlaku secara semula jadi manakala pembelajaran mempunyai kesan yang kecil dalam pengalaman emosi kita. Contoh yang paling baik untuk membuktikan teori ini adalah melalui ekpresi yang ditunjukkan oleh bayi. Bayi yang dilahirkan mampu memberi senyuman secara semulajadi. Apabila mereka membesarkan, mereka boleh menunjukkan emosi seperti takut atau terperanjat tanpa diajar ataupun menerima pendedahan daripada ibu bapa mereka. Semasa berusia 1 ataupun 2,mereka juga boleh menunjukkan rasa kepuasan  apabila mendapat sesuatu yang diimpi-impikan ataupun berasa salah apabila mereka melakukan perkara yang tidak betul. Apakah titik persamaan antara semua prosess ini? Jawapannya adalah prosess ini berlaku secara semula jadi. Bayi-bayi ini tidak mampu menunjukkan emosi dan perasaan mereka melalui pertuturan, tetapi mereka meunjukkanya melalui gerak-geri yang selaras ataupun selari dengan emosi mereka tanpa perlu diajar oleh ibu bapa mereka. Ini telah membuktikan konsep teori ini. Walau bagaimanapun,  saya tidak bersetuju secara berseluruh dengan konsep teori ini kerana adakalanya, bayi yang masih tidak peka terhadap alam sekeliling mereka tidak dapat memberikan emosi ataupun ekspressi yang betul terhadap sesuatu stimulasi. Contohnya, apabila ibu bapa sedang bergurau dan bermain dengan mereka untuk mengembirakan mereka, bayi tersebut menangis. Ini menujukkan bahawa sesetengah emosi perlu dibelajari, Menurut Paul Ekman (1994), beliau menyatakan bahawa bukan semua ekpresi emosi dating secara semula jadi, ada yang perlu dipelajari dan dipengaruhi oleh pengalaman yang dialami.

Selain itu, teori Izard juga terkandung teori ekpresi muka yang mengambarkan emosi seseorang yang berada dalam sesuatu keadaan. Contohnya, semasa saya dituduh tanpa sebab, saya akan memberikan ekpressi yang garang dan tidak puas hati yang mengambarkan perasaan marah dan tidak puas hati saya.

Selain itu, terdapat satu teori lagi yang menyatakan bahawa  emosi adalah hasil daripada pengalaman melalui pandangan biologi dan pengalaman melalui pandangan pembelajaran. Teori ini adalah teori "Learning and Experience Theories". Teori pertama iaitu teori pengalaman melalui pandangan biologi, pembelajaran memainkan peranan yang minima, contohnya teori Izard, dan emosi yang dipaparkan oleh setiap individu berlainan daripada satu individu ke satu individu yang lain. Hal ini disebabkan oleh reaksi biologi yang ditunjukkan oleh reaktor yang berbeza di dalam individu yang berbeza.. Contohnya, terdapat individu yang takut tingggi tetapi tidak takut kepada serannga manakala ada individu yang sangat takut kepada serannga tetapi tidak takut tinggi. Sebenarnya, emosi ini bergantung kepada proses kognitif dan reaksi individu tersebut. Teori kedua, iaitu teori pengalaman melalui pandangan pembelajaran adalah sangat berbeza dengan teori yang pertama. Teori ini menyatakan bahawa pembelajaran adalah factor penyebab yang paling utama. Sebagai contoh, apabila seseorang individu yang biasanya suka mengusik kucing dicalar sehingga berdarah oleh kucing itu, dia akan menpunyai phobia untuk mendekati kucing lagi, Seseorang itu akan takut untuk megusik kucing lagi. Melalui contoh ini, boleh kita melihat  bahawa sesuatu pembelajaran menpengaruhi emosi seseorang individu tersebut.

Sesungguhnya, topik ini merupakan topic sambungan untuk topik pada minggu yang lepas. Sebelum penyambungan topik yang baru, kami telah membuat kuiz di mana kami diberi tiga puluh saat untuk menyelesaikan sesuatu soalan. Kami memulakan kuiz ini dengan meneka emosi dengan melihat kepada ekpresi muka yang ditunjukkan oleh contoh-contoh individu. Kuiz ini adalah sangat mudah kepada kita kerana kami pernah didedahkan dengan pelbagai jenis ekspresi dan emosi. Walaupun kuiz ini mudah, kuiz ini sangat baik kerana ia mendedahkan kami dengan pelbagai jenis ekspresi dan membolehkan kita menumpukan perhatian dengan sepenuhnya di dalam dewan kuliah.

Untuk topik yang seterusnya, kami telah diperkenalkan the topik Emosi positif, iaitu emosi gembira, kasih sayang dan kebahagiaan. Kebahagiaan merupakan perasaan keseronokan, kepuasan dan keamanan. Banyak teori mengenai topik ini telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh yang sangat terkenal iaitu seperti Aristotle dan Plato, di mana mereka cuba mencari,menerangkana dan menjelaskan maksud sebenar kebahagiaan. Sebenarnya, untuk seseorang individu yang biasa tanpa masalah-masalah yang menbebankan dia, beliau akan senyum kegembiraan dant anapa kerisauan. Untuk membuktikan ini, beberapa penyelidikan telah dibuat untuk mengkaji hubungan antara kegembiraan dalam manusia. Sebagai contoh penyelidikan yang dilakukan adalah penyelidikan  "cross-culture studies" dan "Asian cultures" di mana tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk  menunjukkan statistic dan kadar penumpuan dan tempat di mana orang yang paling gembira berasal. Hasil dari kajian itu, keputusan telah menunjukkan bahawa mereka yang paling gembira adalah individu yang berasal dari Amerika Utara, Europe dan Australia. Selain daripada itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa orang yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat  kepada sesuatu persekitaran yang baru ataupun  terhadap sesuatu situasi yang baru merupakan orang yang lebih gembira dan bahagia berbanding dengan mereka gagal melakukanya. Hal ini dapat ditunjukkan oleh semua orang. Sebagai contoh, saya mendaftarkan diri untuk kursus perubatan ini di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya dapat menadpatasikan diri dengan cepat hasil daripada kemahiran-kemahiran yang diperoleh semasa pengajian di Koleh matrikulasi. Berbanding dengan segelintir kawan saya yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini, contohnya perabot-perabot yang using di dalam bilik dan tandas yang kotor, mereka berasa sangat tidak gembira kalau berbanding dengan saya yang telah menyesuaikan diri saya.

Selain itu. Orang yang bahagia lebih pandai dalam proses perubahan diri , individu  yang mempunyai tahap perubahan yang tinggi dapat  mengatasi masalah dengan lebi efisien dan betul. Kegembiraan mempunyai 2 komponen yang utama (KOzma et all, 1992), iaitu "long term affective state" dan "short term affective state. Untuk jangka masa yang panjang, kegembiraan ini bermula daripada kanak-kanak sehingga sekarang. Manakala, bagi jangka masa pendek pula berdasarkan kejadian yang terkini dalam hidupsesorang individu tertentu. Contohnya ialah, dapat cahaya mata atuapun gagal dalam peperiksaan.

 Seterusnya, dalam teori Tomkin's Facial Feedback, Tomkin membentangkan apa yang akan menyebabkan sesuatu untuk berlaku atau 'what cause what'.  Sebagai contoh, apa yang membuatkan seseorang itu berasa marah, gembira, ataupun apakah keadaan yang membuatkan seseorang itu berasa takut. Salah satu persoalan yang timbul daripada teori Tomkin  adalah teori yang berkaitan dengan ekspresi muka sebagai alat ganti sahaja dan langsung tidak mengambarkan emosi sebenar seseorang itu. 

Sebagai kesimpulannya. Saya berharap hasil yang diperoleh saya semasa kuliah ini dapat dimanfaatkan saya sepenuhnya supaya saya dapat memenuhi kehidupan saya dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

 

 

No comments:

Post a Comment